Ramadhan datang lagi.. Hari ni dah masuk5 Ramadhan. Dalam kesempatan menyambut Ramadhan ini teringat pulak mereka-mereka yang sudah pergi. Pergi dengan membawa bekalan amalan yang di lakukan di dunia yang fana ini. Dunia sementara sahaja....tapi manusia (muhasabah,termasuk la aku) berlumba-lumba mengejarnya.
dari satu benda ke satu benda, dari satu perkara ke satu perkara....yahhh..kita kejar akan ia...Pangkat, Harta, Wang Ringgit, Kuasa,
Hati tidak menipu..kerna waktu mulut berkata dusta..
Sesungguhnya hati mengetahui kata-kata itu dusta...
Bila perkara dusta tersebar melata..
Maka tersebarlah fitnah di sini sana...
Kalau dusta datangnya dari kita...
Keampunan Ilahi yang aku pinta....