(bukan sambungan post yg lalu)
Hari Isnin yg lalu PTSS menerima kehadiran pelajar baru. Jabatan aku pepagi lagi buat mesyuarat Jabatan yang penuh dengan ......(tak kuasa nak cite)
Apa aku nak cite hari ni ialah kaedah pendaftaran pelajar yang sentiasa berubah-berubah dan memeningkan kepala..dari AJK Makanan, Pendaftaran sehinggalah ke AJK Lalu Lintas.
Sem ini aku tak terlibat secara langsung ngan pendaftaran. Koorg boleh buka Buku Program Mingggu Kenal Mesra (bhg AJK dan Jabatan aku),nama aku tertulis sebagai pensyarah di Jabatan Perdagangan. Tiada lagi sebagai MT KP (so..apala... yg angin sesangat tu org tu?)
Namun sebagai LP Koperasi, tugas pemberian brg koperasi masih tetap dan berpencen. Aku tak de heran sangat wpun big boss tak la limpas dan melimpas (Bahasa Sabah ni) depan aku bila aku buat keje ni sama wife aku, Pn Asmiza, En Zul sampai 6.30ptg. (kalau tulis ni tentula ada maknanye).
Berkenaan ngan tajuk Post ari ni aku compare ngan Uitm Arau sebab aku gak terbabit mendaftarkan anak sedara aku di sana.
Key dia (dari sudut pandangan Ibu Bapa);
1. Bagi mak pak balik cepat-cepat.
- Caranya ialah dengan memberikan terus kunci bilik di pintu masuk Kampus.(at random) semacam tol berlapis PLUS+tanda "SUDAH MENDAFTAR".
- Walaupun agak menunggu dalam kenderaan utk melepasinya tapi okla..dlm kete ada aircond daripada duduk bawah khemah putih tu..(ndak ada kipas dong apa lai aircond).
- So mak bapak terus ke bilik pelajar masing-masing. Pack brg apa-apa yg patut dan boleh terus tinggalkan anak masing2.(tak semua la buat gitu)
- Sementara packing tu, mak bapak boleh la ngisi borang2 yg patut. Dalam beberapa minit fasilitator2 yg bertugas akan meronda dan mengambil semua dokumen-dokumen yg perlu di bilik pelajar.
- Dari masa ke semasa System PA blok mengumumkan langkah-langkah yg perlu diambil oleh pelajar.
Parking dan traffic
- Memang tak dapat lari dari kesesakkan walaupun 1 arah aliran.
- Parking kat padang bola dan ragbi (sama mcm PTSS)
Berbaris.
- Yg berbaris pelajar-pelajar baru lepas mak bapak dah balik.Ammmaaan dunia.
Proses masukkan data pendaftaran dilakukan kemudian oleh HHP.
Isu:Pensyarah gak yg kena buat ke?
Aku puji cara UiTM ini, bukan kerana nostalgia aku kat UiTM ni tetapi yang elok jadikanlah panduan, yang buruk jadikanlah sempadan. buang yang keruh ambil yang jernih.
Syabas UiTM Arau.