a. Meraikan ulangtahun ke 2 mengajar, memarking skrip jawapan Kursus Perbankan
b. Meraikan elaun mangku tugas yang baru masuk Q8.
c. Meraikan pelepasan
Sebenarnya teman lebih aktif dalam facebook sejak mutakhir ni berbanding dengan blog..maklumlah dengan 'kekuasaan' yg ada pada Nokia E66 (yg kuat makan bateri) teman beli. Ada network, ada FB, ada GPS.
Sebut pasal perkara (a)
Meeeting peperiksaan selalunya kita kan melihat,memantau,memberi laporan kepada pelajar-pelajar yg gagal. Sehinggakan ada pensyarah yang takut menggagalkan pelajar...walaupun seorang. Dulu aku pun begitu jua..tapi bila dah berkhidmat lama ni..tak la takut sangat kalau pelajar tersebut layak digagalkan (woiitt..kalau final boleh dapat 17/100..nak puch up lagi ke?)
Tapi sedarkah kita bahawa kita terlepas pandang kepada pelajar-pelajar yang dapat A's. Tak de kita melihat, memantau, memberi laporan kepada pelajar-pelajar yang dapat A's. Kenapa? Bukankah kita mengalami krisis graduan poli yg tidak perform di Universiti.(dengar kata U tempatan UTM tak nak accept pelajar poli-yg accept Kolej Universiti yg dah jadi U) Adakah mereka-mereka ini pelajar straight D's atau straight A's yg masuk ke IPTA?
Fikir-fikirkan...
Tambahan, utk org-org U: Jika pelajar poli tak perform di U, siapakah yg mengajar pelajar-pelajar poli tersebut? Bukankah bekas-bekas graduan U.
Sebut pasal perkara (b) dan (c)
Dah lama dahhh...kalau ikut kata Tun Mahathir.
Dah lama dahhh..makan duit memangku.. kalau ikut kata dot..dot..
Kena beri tahu sikit sejarah macammana aku boleh berpindah ke PTSS bagi mereka yg tak tahu ceritanya.
Aku dah 6 tahun berkhidmat di PKK Sabah. Memang dah layak dah nak balik ke kampung masa tu. Waktu isi borang aku isi i)PTM(Poli Tanjung Malim) (ii) PPP (Poli Perlis).
Kenapa aku isi PTM dulu. sebab aku nak jaga hati mak bapak aku yg suruh balik semenanjung (restu mak bapak ni penting baru hidup aman dan tenang...walaupun tak senang).
Tut..tut... KJ waktu tu Pn Faridah talipon aku di Sabah (waktu tu aku tengah meeting koperasi)..minta supaya aku mengisi jawatan ketua kursus SMD (sebab kursus dah jalan..Kursus IT yg JPG buat tak de org nak lead)
Aku talipon Mak aku mintak pendapat (kot-kot kecik ati org tua ni). Dia kat tak pa la..asalkan balik semenanjung. (aku ni dari form 4 sampai la keje tak nah duduk dekat dgn family).
So, aku memberikan persetujuan kepada Pn Faridah. Terima kasih atas kepercayaan nya kepada aku dan tak lupa gak kat promoter Ustaz Razak dan En Md Nor Yusof (ex Pengarah PPP) dan En Mustafa Omar (ex Pengarah PTSS)..yg menceritakan/mendengar yang baik-baik je kot tentang aku.
Sampai di PTSS, timbul lak situasi Peg Multimedia dan Sumber (MARO) pulak ada kekosongan. Pengarah nak aku isi MARO, kesannya Pn Faridah..meleleh air liur...(saje je bagi menarik cerite)
Hero-tak heronya aku, kedua-dua jawatan aku
banyak la pengalaman2 berguna seperti buat tender, pilih tender, nilai tender KPTM. revise kurikulum, cak..de..cak de..India dan mcm-mcm ada yg aku dapat...Ini lah kebaikkan berada di poli2 yg baru nak established...ko org boleh dapat pengalaman yg banyak...mengatasi pengalaman org bertahun2 kat poli yg dah senior2..tak caye?
2/3 tahun aku buat dua keje ni sampailah En Sahrain (amacam boss..dapat surat pindah ke) mengisi jawatan open post DH41 MARO bersama En Shamsuri. (la ni dapat sambung belajar)
Aku punya elaun memangku disambungkan ke gred DH44 Ketua Program SMD (Zaman En Malek memangku TP). Sampailah pengurusan memutuskan gred jawatan aku dipindah kepada Tuan Syed (beliau naik 44 tapi tak de jawatan 44 d unit sukan- Tn Syed sendiri dtg jumpa aku).
Rezeki Allah s.w.t Aku pun dapat naik 44 (haa..bila..ni..hee..he..makna lain ni..). Tak de la..wife aku naik 44 di LI so aku pun...dot..dot..(sehinggakan InsyaAllah bakal me...... sorang lagi)
Jadi elaun memangku disambungkan ke gred DH44 Ketua Program DPM/SMD/QPM/PPM
So itulah perjalanan hidup panjang lebar yg koorg pun tak tahu dan tak larat nak baca...
(sambung selepas sarapan....)