Saturday, January 23, 2010

Cerpen bertajuk “Nasib mempengerusikan Jawatankuasa”

Suatu waktu dahulu aku mempengerusikan Mesyuarat JK Pusat Islam PTSS bil 1/2010. Mesyuarat yang diadakan bermula jam 3.30 petang hingga tepat jam 5 ptg..Tak masuk masa makan lepas mesyuarat.

Ialah..bila bermesyuarat dan berpeluang bercakap maka inilah masanya untuk menyatakan, merangka dan me..me..apa-apa jelah.

Kekadang Pengerusi memainkan peranan utk menjadikan mesyuarat itu harmoni, kekadang pengerusi memainkan peranan menjadikan mesyuarat itu efficient dari segi keputusan, masa dan sebagainya

Dan (bukan nama singkat aku) aku tak lepaslah dari kritikan oleh salah seorang JKuasa yang ada. Waktu tu, nak jawab kritikan…masa dah suntuk, banyak agenda lain yg perlu disegerakan. Maka aku tulis la blog ni kiranya nak jawab la kot kritikan yang ada....Amacam..boleh? Blog aku yang punya ..aku punya sukalah kan.?ha..ha..ha…

Bagi mereka yang tak mengerti apa yang terjadi sebelum ni..tak payah la nak ambik port sangat..Buat la keje-keje 5 s’ koorg tu.. Dengar ni “ARAHAN KETUA PENGAWAS ZON 5 s’”-aku la tu..

Cerita ni mungkin jugak boleh jadi satu iktibar,pengalaman gumbira,sedih,titik hitam,titik putih kepada semua atau kepada pengerusi-pengerusi yang ada utk diambil iktibar..di zaman IT ni atau lebih tepat di akhir zaman…


(gambar dipertik dari blog En Azrin JTM)

sebahagian dari minit mesyuarat kot...haa.ha...Ladang tebu Chuping

Point yang nak aku cakapkan masa tu banyak tetapi masa tak mengizinkan dan takut melalut-lalut sehingga melepasi waktu pejabat. So waktu tu aku berdiam. Tapi bila benda yang hampir sama berbangkit dalam mesyuarat pada 21 Jan 2010 di Pusat Islam aku rasa sesuatu harus diperkatan sebelum kudis menjadi nanah.bara menjadi api..Terbakar kampung nampak nya asap..terbakar hati sapa yang tahu..(memetik kata Karam Singh Walia)

Suasana mulanya tenang sahaja petang itu..tapi sapa sangka ada jugak kepanasan dan kepedihannya.(Sepanas mee yg En Nadzri tempah dari Ustaz Zul).

Isu berbangkit apabila En Radhi menyatakan/memberi komen mengenai caran pengurusan Pengerusi (aku la tu). Beliau menyatakan;

a. Dirinya seorang yang konvensional agak tidak biasa dengan penggunaan internet (blog Pusat Islam la tu) dalam cara yang diambil dalam menyampaikan info Pusat Islam

b. Tidak mengetahui Pengerusi menjalankan aktiviti SPI pada pagi Sabtu dan Perlantikkan Jawatankuasa SPI hanya dimaklumkan saat akhir.

c. Mesyuarat terakhir yang diadakan hanya pada 22 Mei 2009.

Aku nak jawab yang 3 ni je dulu..yang lain aku tak ingat pun mungkin s/u (Pn Hazanal) atau naib s/u (En Azrin) ada membuat nota/menyalin…Ade ke? he..he..

Sebelum tu nak cerita la jugak bahawa kaedah komunikasi info yang aku gunakan selalunya dalam bentuk mass SMS dan tulis dalam blog. (sila baca blog). Jimat kertas dan rasanya lebih efficient. Cuma aku rasa ada 2/3 AJK aku yang mungkin tak dapat info SMS terbabit (Ust Burhanuddin, Us Hanafi, En Ahmad Shokri) – sebab nombor diorg ni dah bertukar dan aku menyedari kemalasan aku nak update no tel diorg dalam group message Nokia aku.-( ni tengah menaip sambil membaca message2 yg pernah aku send ke ajk alhamdulillah masih disimpan ni..). Tetapi kepala-kepala AJK aku pastikan dapat SMS itu seperti Sheikh Yaman, (bukan nama sebenar-sebab di org kanan aku) En Azrin (sebab dia org kiri aku), En Nadzri(tak yah cite la..sebab dia ni Menteri Kewangan aku..). Ustaz Din (sebab dia Biro Kerohanian kamsis/merangkap owner asal blog Pusat Islam-Password Blog Pusat Islam ibnuhashim_74@yahoo.com aku tahu), Ustaz Yasir.(sebab dia kawal Kamsis-org yg boleh meramaikan kehadiran)

Ehh..eh..melalut lak lagi. Tengok, kalau aku bercakap dah lama habiskan masa koorg mendengar kan?

Nasib ni aku menulis.

Ok aku jawab yang (a) dulu

a. Dirinya seorang yang konvensional agak tidak biasa dengan penggunaan internet (blog Pusat Islam la tu) dalam cara yang diambil dalam menyampaikan info Pusat Islam

Rata-rata jawatankuasa aku ni kira dalam lingkungan 30an (Haji Zamri je yg paling veteran), Semuanya pensyarah PTSS, Ada yang buat Phd (on going), ada yang sambung master (pure Eng ni kawan..bukannya edu mcm aku nih..).Hebatkan? Jadi pandangan aku amatlah pelik (tapi mungkin benar) jika seseorang tu menyatakan dirinya konvensional dan tidak biasa dengan dunia internet ni?..welll man..he is doing his master degree man…Kalau tak surf internet..macammana ye..”pelik kan”..(memetik kata En Azrin) dan malulah diri kalau pensyarah merangkap student UNIMAP jenis tak biasa ber internet...MMmmm....

Waktu tu angin aku naik gak..Mau je aku balas..Baik berenti je buat Master…Awat marah..ke?Aku punya blog , aku punya cerita , aku punya suka la. Ohh..tak pa..dia tak baca pun blog ni..konvensional la..katakan..

Dan selaunya after update blog..aku akan Mass SMS kat AJK “update di blog”. Bukti ada ni..atau tanya je Cik Adlina, En Azrin, Pn Hazanal, Ustazah Suhaila..sekadar menyebut beberapa nama..Selalunya diorg balas balik ok, tq, insyaAllah

Isunya mungkin tengok gak internet..bukak gak e-mail tapi tak bukak blog Pusat Islam je tak tahu address…(yg tu pakcik takleh nak nolong la..) tapi “don’t la said that you are convensional”. Search “Pusat Islam PTSS” dalam google..tengok nombor berapa dia?) Nombor 1 Sheikh

Ok aku jawab yang (b) pulak

b. Tidak mengetahui Pengerusi menjalankan aktiviti SPI pada pagi Sabtu dan Perlantikkan Jawatankuasa SPI hanya dimaklumkan saat akhir.

Mula-mula rujuk Mesyuarat bil 1/2009 dimaklumkan dalam blog. Opss..dia tak baca blog kan?so buat pa la aku tulis panjang-panjang kat sini. ? Mungkin gak boleh lepaskan perasaan aku. ..setuju dak Ustaz Razak dan En Shahrom (cha om) bahawa blog ni boleh melepaskan perasaan.? Ha...tu..diorg mengangguk tu.Diam tanda setuju? Post Ustaz Razak dalam blognya.

“Setiap pagi Sabtu..saya akan pegang SPI ni.” Itulah yang aku cakapkan.(bukti..! tak de la..sapa lak pegawai multimedia yang rakam suara aku waktu tu..malaikat ada la rakam tapi show nanti la kat alam akhirat la..tungguuu…)

Setiap minggu aku akan update aktiviti “PAGI SABTU” di blog (emm..tak bace kan…).atau ini

Tapi..ha..ha..kat papan kenyataan di hadapan Pusat Islam, dekat senarai nama Kuliah Maghrib dan Subuh ada terpampang pagi sabtu “Tahajjud dan Aktiviti SPI” (emm..tak bace kan…) tak nampak jugak kan..terselindung pulak alasan nya..

Tak puas hati lagi..? ok ini aku bawak lak bukti bergambar En Anas salah seorang Penasihat SPI dan Pn Hazanal Suzima (Isteri En Radhi sendiri) yang hadir dalam aktiviti SPI pagi Sabtu 25 Julai dan 8 Ogos

Siapakah yang duduk paling kiri tersebut?Maklum kat En Radhi tak ni?

En Anas_Penasihat SPI pun ada datang aktiviti SPI.

Isu perlantikkan tu mudah je....setelah hampir sebulan aktiviti SPI pagi sabtu dibuat. Setiap Sabtu pagi saya akan tanya yang hadir, apa aktiviti sepanjang minggu ni yang dah buat, usrah berjalan ke?..Harap usrah je ada yang berjalan..itu pun bukan semua.

Saya pun dah mula kenal rapat dengan mereka. Mereka pun dah mesra antara mereka. Jadi Pengerusi ada kuasa wat nak buat jawatankuasa.

cerita (c) bersambung....tungguuu...panasss..

keje elok-elok jangan hanya pandai menyindir orang...

Thursday, January 14, 2010

Upload Gambar


Pendaftaran Pelajar BAru sesi Jan 2010- ramainya.....

Pak Mertua masuk hospital....




Hakim masuk darjah 1-my 2nd son





INOVASI 2009 -
memperkenalkan POS dalam urusniaga koperasi dan menjalankan Perkhidmatan CC melalui sistem Dynasoft.(bukan contract out-makan komisyen la..)

Jawatan lupus 2010
a. Penyelaras Pembangunan Jabatan
b. Penyelaras Inovasi dan Keusahawanan
c. Pengerusi Pusat Islam