Sunday, July 26, 2009

H1N1-

H1 N1 atau lebih tepat lagi Selsema Babi..melanda begitu teruk sekali. Petang semalam waktu pekena Mee mamak kat Restoran Menara Star awatt..jem teruk pekan Changlun ni..Rupanya UUM diarah tutup.

Selalunya U ni pandai tutup-menutup kes dalaman..he..hhee..kali ni tak mampu dah...

Politeknik dah 3 ditutup seminggu. Sebagai pengerusi Pusat Islam dah 2 malam buat sembahyang hajat. Malam ni dan malam-malam seterusnya kita buat. Kat Allah s.w.t jelah kita meminta pertolongan.
Kekadang aku tak nampak apa significancenya beri cutik seminggu kat budak2 U ni.Sok balik kampus, apa diorg tak kena jangkitan ke waktu dikampung?Baik la ajak ramei-ramei solat berjemaah, solat hajat dan bangun tahajjud.Mintak dengan Allah s.w.t. Kuarantin hati kat masjid daa..

Semalam gak aku sakit-sakit tekak. Mintak dijauhilah dari virus ni tapi semalam tekak sakit sebab mencuci CC dengan bebudak Pusat Islam. Serbuk pemadam api ni boleh perit tekak oii..Keje bukan senanga. Nak angkat,Nak cuci,nak vacum..benda ni bukan boleh sapu..lagi la meruap nanti masuk idung. Nak cucur dgn air?Jahanam PC dengan socket.

TQ kepada Sahabat Pusat Islam dan..Aku beri diorg tengok internet free lepas pasang. La ni belum charge lagi. Aku tak tahu lagi nak bawak balik ke blok kamsis ke atau nak letak terus kat Pusat Islam..Setakat ni aku run dulu kat Pusat islam..senang nak monitoring.
Makhluq yg melakukannya belum ditangkap. Ari tu aku suruh bebudak Short Semester(antara suspect) basuh muka dari air surah yassin. Tak ramai yg turun waktu tu cuma dalam 18 org. Tau-tau semalam dengar cite ada sorang budak JKE kena tangkap meniru waktu periksa.(bawak nota/toyol)
Yg peliknya..toyol tu dia letak bawah punggung. Kena waktu dia lak bangun nak pi tandas..Penjaga Peperiksaan tengah lalu. Eisshhh..kalau tau ada toyol simpan kat punggung buat pa dia bangun (pi tandas lak tu..)tunggu je habis exam kan?

Tulah..mungkin Allah lupa kan dia sekejap..kan dah kena tangkap. Kalau soal-siasat..mintak tanya dia ni..? Ade tak benda2 yg kamu buat sebelum ni yang salah..atau kamu ada tahu org yg berbuat salah tetapi kamu diam..Kifarat...

p/s: kalau la bebudak ni vandalisma dgn cabut pokok mempelam dan Nangka madu PTSS..mau melompat boss aku..Teringat statement."Kita jangan mudah terpengaruh bila diprovokasi oleh pelajar"..Last-last..bila student provoke boss...?MELOMPAT...daa..

Tuesday, July 21, 2009

CUTiiiiiieeeeeeeee.....Memang Berbaloii...



Sebelum bertolak the day before....................Pekena Radix Chicken House
Lokasi devider tepi jalan yg pernah mencalarkan kete aku last week..


Lepas tu gi sini lak...........

Aku beri 3.5 out of 5



Ni bilik murah le siket...

Nak ok ambik Suite/Executive House

kolam renang bagi aku MESTI...ada..

buah boleh ambik/kutip kot suka apa yg ada. Rambutan,Langsat dan Mata Kucing je yg ada waktu ni. Pokok buah-buahan dok depan bilik je..

Nasib baik cempedak kat belakang tu belum masak..kalau dak..Langsai dah...


Last day..pekena Pasembor dan Capati kedai Mamak...

Bermula hari Sabtu ari sampai le sekarang ni aku masih dalam Mode bercuti. Sok kot baru nak mula masuk keje. Ada 3 sebab mengapa aku rasa aku perlu bercuti
1. Next 2 week kuliah dah nak mula..Lesson Plan apa haram pun belum buat. Waktu tu susah nak cutik...(asik kena ganti kang..).Kena plak ajar kursus baru..baru-baru ni call member DIB aku kat ITM Syed Redho(Etiqa Insuran)..buat plak di attach kat KL pulak..jauhnye..
2. Bagi tenang jiwa bergelora..sebab vendalisma ari tu kat CC koperasi yg aku handle..La ni belum ada tangkapan..kalau ada..mahu Pener**ang aku beri..so sebab tu kena tenangkan jiwa ni...Jadi ari tu dah buat bacaan yasin..Bukan aku berniat nak bagi org yg buat tu muntah darah,cirit berit ke..tapi biarlah Allah s.w.t yg membalasnya. Kita ni guru..selalu mulut ni masin..bercakap kena hati-hati takut jadi doa.

3. Bagi anak aku betul2 sembuh penyakit dia...Ada kena kudis sikit (he..he..)takut lak berjangkit kat anak-anak kat nursery.

Thursday, July 16, 2009

Makluman dan Hadiah ganjaran Lumayan akan diberi

Sebelum ni


Selepas...



Sesapa boleh beri maklumat ..Malaun mana yg buat keje2 ni? Ganjaran Lumayan menanti anda..
Habis CC Koperasi kena sembur pemadam api...
Terbakar pun tidak..dok suka main..Tak sekolah punya mental...%$%#@#$%%&*

5 Sssssss.....

Ok anak-anak buah semua..ari ni MT KP nak cite pasal 5 S' sebab MT KP dah buat dah 5 S tau..Klik pada gambar utk imej yg lebih jelas...



View dari bilik MT KP...


Sunday, July 12, 2009

Pictuure Describe Everything



Calar sikit..seperti calarnya hati ku...


Ini Tugas Sampingan baru aku utk sem ni. Dan dalam sejarah buat kesekian kalinya aku kena mengajar Kursus Baru- iaitu Insuran. Mmmm...baru je habis RM70 beli buku Tek Maklumat Perniagaan...Lelong..lelong..sapa mau beliie...




Sapa kata SMD tak relevan ?Bagi kursus sijil dalam Perdagangan dia lebih baik dari SPP dan SPK. ..Jawab...jawab...

Saturday, July 11, 2009

Kifarat

Sejauhmana seseorang tu percaya kepada "KIFARAT" ..bukan "keparat" no..

Musibah sebagai kifarat penghapusan dosa manusia ..

Ialah siapa boleh lari dari melakukan dosa? Org awam mcm kita ni?

Dahulu Ustaz Sharihan dalam siri kuliahnya ada menyebut berkenaan 3 perkara yang perlu diawasi dalam melakukannya;
a. Bila Berkahwin.
b. Bila Membeli Rumah.
c. Bila Membeli Kenderaan.

Banyak rupanya dugaan yang berlaku/akan berlaku/takut berlaku bila melibatkan perkara ini.
Aku nak cite yg (c.) tu

Dulu waktu melihat kekawan membeli kereta baru..tak dan lama, ada je yg berlaku ..bergesel la, terlanggar tiang la, dilanggar la..yg paling dahsyat accident la.

Waktu Ayah aku beli kereta baru...keluar-keluar je dari Pusat Jualan ..nak masuk tol, nak bukak cermin utk ambik ticket Tol..cermin tak leh bukak. Seolah-olah waranttynya had Pusat Jualan je..(tak mahu la sebut kete jenis apa..)

Aku lak dulu..tah macammana ade kete melanggar bontot kete aku kat traffic light Jejawi. Waktu tu baru je sebulan melaram dgn kete baru. Kemek bumber terbang RM100/=

Ni nak cite pasal Iswara putih yg baru je aku cat biru.
Semalam gi la aku anak beranak makan di Radix Chicken House selepas ambik anak aku tuisyen dan bank in duit koperasi. Cuaca gelap tanda nak hujan...
Selepas makan apa yang patut..aku pun bertolak balik
Biasalah Jalan Kodiang - Arau masih dalam pembinaan (sekian lamaa..)

Tiba..tiba...

Jeng..jeng... jeng...
Angin yg kusangka tersipu-sipu (sepui-sepui bahasa kiranya...) bertukar menjadi ribut kencang...Yang trajisnya ialah blok divider (Alaa..yg warna merah Putih tu lahh..selalu ada kat tengah2 jalan yg under construction..) bergerak melayang dihadapan kete ku...Kusangka jalan jerlus..sebab blok tu berikat antara satu sama lain. Mcm ulaq kena palu lak.
Nasib baik aku tak la berapa laju..ialah beban dah lebih lepas makan daa... tapi...Kemek la sikit pintu sisi kete, No Plate Patah dan ada la 2/3 kesan calar.(gambar menyusul). Sedih ooo...

Tapi ada la Kifarat tu Allah nak uji..

Ilalliqo..Nak kena hantar repair la...benda baru cat mesti sayang kan? Kalau waktu belum cat dulu..tunggula 10 tahun baru aku cat.