Showing posts with label Sijil Pemprosesan Data. Show all posts
Showing posts with label Sijil Pemprosesan Data. Show all posts

Friday, May 1, 2009

2 perkara nak ceritha



Perkara Pertama:
Baru-baru ni dalam kelas SMD 2, aku highlightkan dgn projector Jawatan Kerja ini di JPA Negeri Kedah. (Utusan Malaysia m/s 22 ).Ini bagi pendorong semangat SMD utk meneruskan pengajian mereka..walaupun SMD dah ditutup pengambilannya. Cuma aku ingatkan mereka , kini terpulangkan ada mereka utk menuntut sebanyak mana ilmu IT yang ada...Walaupun aku dah beri warning supaya jgn praktikal kat badan-badan kerajaan/swasta yg tak de kena mengena dgn IT,tapi masih ada yg nak gak sebab senang nak ulang alik dari rumah..Hmmm..

Perkara Kedua:


Elaun Tanggung Tugas dah masuk backdated dari 1/9/2007. Kalau waktu dulu tak buat keje yg ditanggung dengan sebaiknya, almalanglah keje-keje dahulu tak leh nak dibackdatedkan. Sebab itulah kita mesti laksanakan tugas yg ditanggung dgn sebaiknya walaupun tak dibayar gaji tambahan atau dibayar. Ini nasiblah dibayar back dated..tapi ada la jugak tugas-tugas yg didunia dia tak bayar tapi front dated di akhirat kelak.

So kalau dengar ada statement "Saya bukan nak sangat mangku tugas ini" kemudian buat nak tak nak je keje-keje tanggung tugas ni, mungkin boleh fikir-fikirkan utk dermakan elaun terbabit. Jadi faham-faham jelah kenapa MT KJ,MT KKursus buat dasar/aturan/pemantauan sama je mcm KJ/KKursus.

Friday, February 13, 2009

malaun mane punya keje ni..

Kan ke dulu aku ade postkan cerita pasal projek Kemahiran generik budak SPP dan kelab JPG yang buat. Pagi tadi terdetik kat hati nak tengok pokok2 kat situ dan air terjunnya. Naa...ade gak mamat mane yg rembat soket 3 pin kat situ..Siol betulla..Mat Pit mane lak buat keje ni?




















+++++++++
Ari tu aku paksa bebudak SMD 2 mengangkat 5pc dan 3 monitor ke depan bilik aku. Tu nasib baik suruh sorang angkat sorang satu. kalau suruh sorang2 angkat sampai 5 baru diorg tahu. Jgn nak jadi baloq liat sok2 bila jadi juruteknik. Aku try ON dah hangkang dah..yg dapat diselamatkan hanya 2 biji itupun aku swap hard disk, swap CD, Swap Display card..Mcm-mcm la aku buat.For staf aku, sorry la aku makan ruang fotostat koorg..kalau tak buat gini tak merasalah bilik persembahan ade sampai 2 pc extra, bilik mesyuarat ade 1 pc extra. Tapi satu bende nak btahu..OS dia pakai UBUNTU bukan Windows Bill Pintu punya...















+++++++++++++++
Jadi Pelukis Plan untuk Pusat Islam PTSS-Ruang Dapur. Lama dah tak buat lay out. Dulu-dulu waktu sekolah Teknik ade le belajor Lukisan Teknik Bangunan..Dah berkarat da...












+++++
Ngintip kehadiran kuliah Us Iruwan Kuliah Tafsir di Pusat Islam. MMM...tak ramai turun daa..Makin GAWATTTT......



















++++++++++++++++
Pagi meeting pasal Isu Kios jualan yg Kafe complent. Usul agar Kelab Staf dibenarkan mengutip hasil sewa kios diluluskan. Kalau student bawah Unit Inovasi, kalau lain-lain bawah koperasi.
Petang meeting Penyelia lawatan Latihan Industri.Nak kena cover 23 syarikat di Penang..FUYoo.....

Thursday, July 3, 2008

Jemaah

Ari ni Kamal dari JPPKK (member se U dgn aku) mari datang inspect program 3P. Waktu makan2 dgn Jai seperti biasalah bila org kerajaan pusat turun mesti ade cerita2 sensasi dan terkini yang dibawa dan dikorek.

Antaranya: JKuasa kenaikan pangkat ambik masa 2 tahun nak ditubuhkan. La ni Dato' nak cuba menumpang Jkuasa Kenaikkan Pangkat KPM. So mungkin la 2 tahun nak kena mangku jawatan. TPSA pun dapat pindah ke KK Arau atas jawatan KJabatan, tapi mangku Pengarah KKomuniti Arau.

Dia beritahu , pensyarah2 yang ambik kursus 3P ni tentunya akan dapat merit untuk markah penilaian prestasi. Ka..booommm...bom C4 aku lontar kat dia, habis ..kami 2 org yang uruskan 250 org untuk kursus ni tak dapat merit apa2 ke? Banyak cantik..

Result exam Comptia A+ ari ni tak memberangsangkan. Ramai gak yang fail. Mungkinkah trainer nya tak baguih, tapi soal selidik tak de ramai yang komen pasal trainer, komen pasal makan je yang ramai. Atau mungkin makan tak best..diorg fail..Ha..ha..
Kalau jumpa student aku, ramai lak yang kata tak faham apa trainer cakap..Compius..compius...

Aku tanya Kamal apasal Prestariang ambik trainer Filiphine dgn Indon, trainer Malaysia tak de ke? Dia kata trainer Malaysia lebih suka mengajar di Singapura sebab sana bayar Sing1,000. Kat Malaysia Rm700/=, so org Indon dan Filipin nilai Rm700 convert ke Peso dgn Rupi..mewah..dong..
++++++++++++++++++++
Tahniah kat Azli dan Sobri yg buat PHD (tak de cable..kena pakai duit sendiri la..). Sobri..sapa kata Master Edu. tak leh buat Phd. Phd Marketing lagi ko buat no..So, ko tebas dulu ranjau2 yang ada, sebab InsyaAllah...kami yg lain akan pollow..
+++++++++++++++++++++
Boss dah lulus Paper work dan Budget network aku...horee.....Ye..ha...gelek..ban
g..gelek....Sesapa yang frust sebab cuti2 ni line internet mcm kura2..baikla ko org pasang streamyx kat rumah. Nak buat network satu rumah boleh call aku.
+++++++++++++++++++++
Awat tah this sem malas dah aku nak buat PM komputer2 kat Jabatan. Aku harap memo kat PSM tu diorg ade la ambik tindakan. PM kat CC pun aku suruh Pekerja je yang buat. Kalau suruh2 org ni ade tanda2 sindrom nak naik jawatan ke? kah..kah..kah..
+++++++++++++++++++++
"buli di internet" - ADA ORG CUBA MEMBULI AKU DI INTERNET...BO LAYAN SAMA DIA...


p/s Petikan Bimbingan Mukmin

Keutamaan berjemaah

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

“Sembahyang berjemaah itu melebihi sembahyang bersendiri dengan 27 darajat.”

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah mengesan beberapa orang tidak ikut serta dalam jemaah, lalu baginda berkata: Saya hampir-hampir akan memerintahkan orang lain untuk mengimami orang ramai dalam sembahyang, kemudian saya pergi mendapatkan orang-orang yang melewat-lewatkannya (sembahyang berjamaah), lalu saya membakar rumah-rumah mereka.

Dalam sebuah Hadis Marfu’ yang diriwayatkan oleh Khalifah Usman r.a. dari Rasulullah bunyinya: Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang Isya’ berjemaah, maka ia seolah-olah mendirikan ibadat sepanjang malam itu.



Monday, March 3, 2008

SMD yang dah grad

Tambahan yang berjaya:
Intake SMD Julai 06 keje Juruteknik FT17
a. Suria
b. Mohd Nor Saiful kamal

Intake SMD Julai 05 sambung belajar Diploma Business Studies UITM Merbok
a. Nurul Nazmy trix_moy535@yahoo.com

Sebelum ni keje Juruteknik FT17:
a. Helmi rafizie - bubuq_asyura@yahoo.com -Serawak
b. Fadliyana - yana_liyana86@yahoo.com -Putra Jaya
c. Nur Nasyrah - nashwan_nur1312@yahoo.com - Raub Pahang
d. ............... (sorang lagi lawan Nur Nasyrah ..lupa..rasanya Nasyrah tahu)
e. Asnawie - asnawiey@yahoo.com

yang hadir temuduga tapi belum dapat keputusan
a. Sharifah Nurmaisarah