Showing posts with label Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Peribadi. Show all posts

Saturday, December 5, 2009

Post gambar je lahh..

Sejarah hand phone aku dan wife. Yg tak de dalam gambar Nokia Butterfly(dah trade in), Motorola(dah pecah seribu..) dan latest CSL



Hasil baja organik ++ tut tut saudara Nadzri Che Kamis

Ihram haji ke?





Ustazah cuti panjang...kenala ngajar diorg mengaji..

Jemput Penceramah utk Perbankan di Malaysia dari Public Bank Kangar

Artikel Akhabar UM-yg aku suka baca..
Menilai Projek Akhir Jabatan Hospitaliti menjaga hubungan baik dengan mereka...Aku beri A++. Sempat sampaikan mesej kat TPA..tak de ke budget PTSS nak support inovasi dan keusahawanan pelajar?


Cek refund saham MAXIS yg dinilai semula kepada RM4.80

MQA , COPPA yang aku sebelum ini tahu COMPTIA A+ ,COMPTIA N je..

Jalan-jalan ke Pulau Pinang. Hantar PDA dan beli camcorder + tengok sekolah lama...

TESCO Alor Setar...jalan-jalan tak de arah tujuan masa tu...

jamuan raya dengan staf JPG yg masih single



Projek koperasi ribu-ribu ooo....


Menunggu kereta aku tak leh keluar di "block" Samdol betol...

Tengok persembahan artis terkenalll..Muhammad Hakim...

Konvo An Najaah..

Lapor..mengcekik selalu kat RFC

Lapor tahap gaban..tepi highway pun boleh..mudah buang anginn..

Sunday, July 26, 2009

H1N1-

H1 N1 atau lebih tepat lagi Selsema Babi..melanda begitu teruk sekali. Petang semalam waktu pekena Mee mamak kat Restoran Menara Star awatt..jem teruk pekan Changlun ni..Rupanya UUM diarah tutup.

Selalunya U ni pandai tutup-menutup kes dalaman..he..hhee..kali ni tak mampu dah...

Politeknik dah 3 ditutup seminggu. Sebagai pengerusi Pusat Islam dah 2 malam buat sembahyang hajat. Malam ni dan malam-malam seterusnya kita buat. Kat Allah s.w.t jelah kita meminta pertolongan.
Kekadang aku tak nampak apa significancenya beri cutik seminggu kat budak2 U ni.Sok balik kampus, apa diorg tak kena jangkitan ke waktu dikampung?Baik la ajak ramei-ramei solat berjemaah, solat hajat dan bangun tahajjud.Mintak dengan Allah s.w.t. Kuarantin hati kat masjid daa..

Semalam gak aku sakit-sakit tekak. Mintak dijauhilah dari virus ni tapi semalam tekak sakit sebab mencuci CC dengan bebudak Pusat Islam. Serbuk pemadam api ni boleh perit tekak oii..Keje bukan senanga. Nak angkat,Nak cuci,nak vacum..benda ni bukan boleh sapu..lagi la meruap nanti masuk idung. Nak cucur dgn air?Jahanam PC dengan socket.

TQ kepada Sahabat Pusat Islam dan..Aku beri diorg tengok internet free lepas pasang. La ni belum charge lagi. Aku tak tahu lagi nak bawak balik ke blok kamsis ke atau nak letak terus kat Pusat Islam..Setakat ni aku run dulu kat Pusat islam..senang nak monitoring.
Makhluq yg melakukannya belum ditangkap. Ari tu aku suruh bebudak Short Semester(antara suspect) basuh muka dari air surah yassin. Tak ramai yg turun waktu tu cuma dalam 18 org. Tau-tau semalam dengar cite ada sorang budak JKE kena tangkap meniru waktu periksa.(bawak nota/toyol)
Yg peliknya..toyol tu dia letak bawah punggung. Kena waktu dia lak bangun nak pi tandas..Penjaga Peperiksaan tengah lalu. Eisshhh..kalau tau ada toyol simpan kat punggung buat pa dia bangun (pi tandas lak tu..)tunggu je habis exam kan?

Tulah..mungkin Allah lupa kan dia sekejap..kan dah kena tangkap. Kalau soal-siasat..mintak tanya dia ni..? Ade tak benda2 yg kamu buat sebelum ni yang salah..atau kamu ada tahu org yg berbuat salah tetapi kamu diam..Kifarat...

p/s: kalau la bebudak ni vandalisma dgn cabut pokok mempelam dan Nangka madu PTSS..mau melompat boss aku..Teringat statement."Kita jangan mudah terpengaruh bila diprovokasi oleh pelajar"..Last-last..bila student provoke boss...?MELOMPAT...daa..

Tuesday, June 23, 2009

berbakti kepada tanah..kepada keluarga..kepada rakan sekerja

Gambar Hiasan: Ada 2 pokok pisang,2 pokok mempelam, 1 pokok betik. 3 pokok kelapa (satu mcm bantut), Daun Pandan, Pokok Serai. Projek kos murah...selepas dibersihkan.

Pagi Selasa aku mai opis pakai uniform opis, dalam kul 9 aku tukar uniform lain lak...uniform Tukang Kebun. Aku kekadang tertanya-tanya gak..apasal la kat area admin dan sekeliling poli..ada org yg bersihkan pokok-pokok dan rumput2 pada pasu-pasu bunga..tapi tang Pusat Islam tak de la pulak..Nak kena btahu gak ke? (opss.berenti sat..En Tahir nak jumpa..pasal Pusat Islam gak..Call Pn Rashadah .. tak de sapa sambut..).

Sambungan..
Semalam berleter tazkirah sat dengan 2 org cleaner kat Pusat Islam pasal keje2 pembersihan di Pusat Islam. Setakat ni belum la lagi mencapai standard piawaian yang dikehendaki. masa keje pun celam celum..
Beban..beban...nak kena tanggung..orang-orang muda..sekarang..

Ujung minggu ni tak leh nak bawak anak-anak berjalan..Aku duty lak ujung minggu ni..SUMBANGAN..
bersempena dengan Konvensyen Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan kali ke 13, PTSS jadi tuan rumah. Ari tu dah siapkan 10 soalan pertandingan kuiz..sok nak kena sedikan peralatan Anycast Station Single Camera Production yg dah lama aku tinggalkan (kira semi karat baru nee..)
Aku rasa keje-keje ni ada significance dgn Ucapan Pengarah aku sebentar tadi..Mengenai laporan penilaian prestasi (LPP) sumbangan peringkat Poli,Negeri,Negara dan Antarabangsa...(kalau International baru LPP boleh boh 90% and above...). Tapi jiwa muda..semua nak balasan segera..sabar..sabar..(Nak sabar kat diri ni jugak.). Balasan bukan mestinya dan-dan tu naik pangkat/gaji..Aku ni dah 10 tahun..gaji naik mcm biasa je..Cukup? ya memang cukup..bukan tak cukup-cukup.Ade senior yg kekadang sampai mati pun tak naik-naik wpun kerja bagus..yang penting balasan Ukhrowi tu lagi lah penting. Kalau siapa yg menunggu balasan duniawi ni alamat kecewalah ia sentiasa..kerana dunia dikejar tak akan dapat-dapat dikejar.
Lepas ni nak cari point-point utk Kuliah Subuh pada hari terbabit. Semalam menyempat tanya Ustaz Sharihan tentang tokoh2 usahawan Muslim.

Satu lagi point pengarah ialah berkenaan penggunaan Broadband dan Internet. Ya memang aku setuju..kat blog ni pernah aku menulis berkenaan perkara terbabit....."Tolong publishkan dalam web Arahan/Pekeliling Pengarah/Pengurusan PTSS.","Gambar aktiviti PTSS", "Forum PTSS"

Jabatan aku mostly aku communicate pakai YM, Kalau nak communicate dgn kekawan hospitaliti..pakai facebook. HMMmm..tak de ka sendiri poli punya?.

Note: Biar kita "tunjuk" jangan kita me"nunjuk-nunjuk.."

Saturday, June 20, 2009

Habiskan Ujung Mingguuu..bhg 2

Pokok pisang view dari bilik utama

Satu lagi yg sempat aku buat pagi ni .."MENEBEH" bahasa org Perak maksudnya "MENEBAS"

pokok Mempelam dgn Pandan,dgn pisang aku tanam..Nasib kalau menebas kat kuarters ni
a. Susah nak membakar..sat lagi asap masuk rumah org..jenuhhh..la.
b. Tak pasti sempadan tanah..Walaupun rumah aku tingkat dua tapi aku tanam kat tingkat bawah.
c. Nasib buah..tengelam timbul
d. TP dulu kata menyemakkan, Kontrak Mesin rumput kata menyusahkan mereka merumput.
Tapi..apa-apa pun boss yg baru suka dgn pokok buah-buahan...nak buat ladang harum manis PTSS ni..dan
kawasan belakang..tak de sempadan punya..
Sekurang-kurangnya boleh excersize...mengempiskan perut..ewahh..

Ngabiskan Hujung Mingguuu...

Ujung minggu wife aku ada kursus Leadership kat Aloq Setar. Aku angkut sekali 3 hero hero aku bersama-sama tidor semalam kat hotel. Ialah kalau dah booking hotel, lepas tu gi kursus kat hall..membazir la kalau bilik tu tak fully utilization. Wife aku check in kul 2ptg..aku sampai kat pukul 6ptg lepas habis kuliah(mana ada kuliah cuti2 ni) kerja.
On the way go tiga2 hero excited nak gi. Tak de masalah sangat..dan boleh aku singgah kat Restoran Menara Star Changlun (free advertising ni..)beli Mee Mamak (my favourite). Pasembor kat sini aku suka gak hasil recommendation En Taher.(Tq). Aku plan balik sok baru beli….

Sampai hotel ambik kunci kat key drop..

Hotel ni ada pool..tapi pool dia kurang selera sikit dan tak de children area. So kensel…mandi kolam esok.

Diorg mandi dalam bath tub je..tu pun habis banjir dan riuh rendah. Aku rasa org dok bilik sebelah pun tention. Malam keluar gi TESCO Alor Setar. Wife aku kul 10 mlm baru habis kursus. Beli roti+air je..Bebulu je cashier tu tengok barang2 yg aku beli…bawak troli lak tu..yg besar ya amat.

Aku buat dek je..apa aku nak heran..dukung si kecik tu pun dah 7/8 kilo..Ko nak dukung dia?..
Balik bilik, 3 hero dah jelepek…terus ZZzzz… Umi diorg balik pun diorg tak sedar..
+++++++++++
Sok pagi , wife aku continue kursus..La ni aku rasa banyak dah kedah kursus yg suka pakai multimedia..
Mcm Kursus Keindahan Bersama mu dgn Kursus Budak sekolah kat PTSS ari tu..Sentuh sikit mak, bapak dgn alam kubur..gerenti nangis punya…Tapi lepas tu…jemaah mcm tu gak. Tapi takpalah..itu kaedah menarikkan perhatian remaja la ni (termasuk org tua). Kalau dulu ceramah..mana ada multimedia..setakat power point tu org dah tak tertarik la ni..tapi kena pakai Movie mp3…Penerangan sikit…lepas tu boh movie yg sesuai..banyak dalam You Tube…
Kalau zaman dulu kita buat usrah, jumpa seminggu sekali ke..Org tak minat dah..La ni org suka buat “Kem”

Balik kepada cite tadi..lepas Umi diorg pi kursus..Aku cadang nak sambung “merho’loh”..bahasa org Perak..Maksudnya “tidur”. Dah diorg main stunt-stunt atas katil so aku suruh diorg mandi kat bath tub lagi…
Lepas mandi..start enjin kete jalan2 pusing Aloq Setaq.ke tiga-tiga dengan aksi Power Rangers nya

Yg hero..dok ajak naik Menara Kuala Lumpur..mak ai..jauhnya..aku btahu tu Menara Aloq Setaq..
Pusing2 jumpa pintu masuk..Tak de org pun. Bayaq tiket naik la dalam 5/6 minit. Waktu naik lif..nampak pandangan luar..Gayat weehh..Diorg excited nak meneropong..nasib baikla sampai kaki..kalau dak jenuh dok angkat.

Aku gatal mulut tanya; (buat-buat mcm pelancung dari jauhh..kebetulan pakai baju UTHM Alumni)
Aku;Dik..kat sini ada Zoo..ke?
Cashier ; Tak de..muzium adalah..sebelah sana galeri diraja..di sana terus jalan ni gi muzium
Aku;OOOO….
(dalam hati: mana la anak-anak suka tengok benda2 purba ni..Kalau muzium Taiping ada la kere diawet berbuntut merah haaa…tang tu diorg suka..).

Dalam kul 12 aku check out. Yang sikecik dah mula meragam..Ngantuk la tu..Last2 dia ambik port tidor yang paling dia suka..buat masa ni..

Singgah makan tengahari kat Restoran Nasi Ayam Periuk Besar Jitra.

Sampai rumah tidor. Wife aku malam ni baru balik..tumpang Pn Shaharom (Librarian)

Petang turun kolam Free PTSS Pauh Inn (free advertising lagi..)Malam gi pekena Pasembor…Kat Restaurant Menara Star seperti dijanjikan….Balik rumah?
Tidoq..

Saturday, March 14, 2009

Cuti sekolah datang kembali..

La ni dah kul 1 pg, Tah apasal mata takleh nak lelap lagi. Mungkin penangan kopi Radik yg aku minum petang tadi kot. Tapi selaunya , tak delah effect mcm ni . Sedang dok surf internet aku terjumpa balik Laman web lama Politeknik Kota Kinabalu..wa boleh baca balik prestasi Koperasi PKK Berhad. Masih ingat lagi waktu tu PKK beroperasi di rumah kedai, so koperasi tak de pun kedai. ..tapi boleh untung gile punya banyak. Tak tahu la apa khabor nye koperasi ni sekarang.
++++++++++++++
Aku ambik cuti seminggu (5 hari) sempena cuti sekolah..Surenya balik kampung berkempen..
Nak jalan ke mana yehh..Ialah..untuk anak-anak melihat dunia. Jom Zooommmm Malaysia bagi meningkatkan "permintaan domestik" ( dalam Pakej Ransangan Ekonomi).

Thursday, March 5, 2009

Maa....ja...a....

Awalan Kitab Badrul Mazi yg Ustaz Shamsuri selalu baca.
Aku masukkan dalam FM Modular pada kereta aku. Banyak ceramah beliau yg didownload dari laman web + Ustaz-Ustaz yang lain. On the way nak gi antar anak sekolah, antar anak KAFA, antar anak tuisyen..Ceramah ini berkumandang dalam kete aku. Tapi selalunya tak dan habis dah sampai ke opis atau rumah. FM modular ni kalau mula balik dia start dari awal balik..dan tak de boleh forward.

Semalam lepas mengendalikan bacaan Yasin dan Tazkirah di Pusat Islam..diadakan meeting Jawatankuasa Konvo PTSS bersama JPP.Buat kat Pusat Islam (dah jadi boss Pusat Islam..tu la port senang bebudak nak jumpa). Disini aku letakkan beberapa syarat dan undang-undang.
Tarian Kebudayaan...Cancel. Kalau Zapin Johor Lelaki OK.
Futsal Perempuan..Cancel
Band JRV - syaratnya lagu-lagu ketuhanan, puisi,,Kalau lagu-lagu tangkap lentok, cintan-cintan.....Cancel
Penyanyi - Duet cannot.Gelek-gelek cannot...
Rabu depan meeting ke 3, pasal Budget dan Paperwork nak kena siap. ASAP

CC lama tak jengok. Maher pun tak ambik gaji. 2 PC repair masih terperap dalam kete aku. Berapa kali dah terhentak langgar bumper dan lubang..Tah-Tah dah sewel.

Subuh..ramai jemaah dari Poli lain datang. (yg terlibat dgn sukan takraw). Aku respect kat PKB yg berderu-deru mai subuh. Malu la kat bebudak PTSS yang masih berselimut..

Waktu keje..Pagi buat Borang Pinjaman Alatan Pusat Islam, Buat soalan Kuiz On Line and as usuall dalam kul 10 aku akan ke Pusat Islam tengok apa-apa yang patut sebelum Jumaat. Ada PDA pun dia tak buzz pasal nak observation Azrul Nizah..Dah balik opis kul 11 baru terperasan. MMmm...

Lepas Jumaat antar Solehin Tuisyen dan lepas tu buat takzirah dan perjumpaan dengan pekerja koperasi lak. Tak pernah buat pun sebelum ni..Ni yg First and hopefully won't be last.

Esok pagi antar anak Tuisyen lepas tu kena wakil Pengarah ke Perasmian Seminar Pengimarahan Masjid "Siapakah Ahlu Al Sunnah Wa Al Jamaah kat Masjid Tuanku Syed Putra Kangar. Nasib baik bebudak mutimedia PTSS ada kat sana boleh la layan...
"Laporan: Majlis menjemput Tuanku Raja Muda Perlis, yang aku nampak simple je event dan persiapan. jauh berbeza kalau PTSS anjur event. Kalau Pusat Islam nak anjur pun boleh je. Aku sempat jadi jurufoto waktu keberangkatan YM Raja. Exco pun berdiri je menunggu, Penasihat Agama pun gitu gak adelah dekat 1/2 jam terpacak. Tuanku raja bersila je, Rostrum ambik JKR punya. Karpet merah sekerat je. Tu pun lagi 15 minit Raja Muda nak mai baru pasang.
Tak mana warna kuningnya sangat even stage pun biru. Backdrop mcm banner gantung tepi jalan (Kat masjid negeri).Teks Ucapan Penganjur pun tak address keizinan untuk memberi ucapan. Cuma teks ucapan Exco Agama je yg ok. Itulah kekadang kite2 je yg beria-ria sesangat."
::
Nakje rasanya ambik cuti rehat....

Sunday, August 3, 2008

Pekeliling peraturan 11

(tengok warna kuning dah merah)

Jawapan last yang diterima dari admin ialah:

AG tidak mengeluarkan surat menamatkan pembayaran. tapi bila aku refer pekeliling JPA
Pihak Berkuasa Melulus ialah Bahagian Sumber Manusia, b.p Ketua Setiausaha KPTM

1. Surat aku terima dari Bhg Sumber dah terang lagi nyata mengatakan tempoh memangku dari 1.3.2007 sehingga 31.8.2007. Mana tah penglibatan AG dalam arahan membayar atau menghentikan bayaran. Maknanya bulan Sept*(warna kuning) conferm boleh stop bayaran..nak tunggu arahan AG (lihat 2)
2. Semak Fail Peribadi aku, takde pun surat dari PTSS ke AG menjelaskan/memaklumkan tentang pemberhentian bayaran ETK (diorg buat ke dak ni..)Takkan AG automatik boleh tahu kot..

p/s baca pekeliling la..kalau nak tahu tipah tertipu ke dak..
tu belum nak komen sepatutnya dlm tempoh 30 hari (dari tarikh memangku) surat kelulusan memangku kena pohon ke Pihak Berkuasa Melulus. Kalau ISO ni dah kena satu ketidakpatuhan.

Saturday, July 26, 2008

Rekod ..

Rekod
Maksudnya bukan nak pecah apa-apa rekod Olimpik. Tapi nak cerita pasal rekod. Semlm hadir Seminar Hafazan Al-Quran Kaedah Jibrail. ..Bukan maksud ade Malaikat Jibrail turun yekk..

Best betul isi awal-awal ceramah yg menerangkan tentang Kelebihan Al-Quran. Aku pun sup, sap,sup,sap cari kamera MMedia dan me'rekod'(lihat gambor). Nak dijadikan cerita yang aku rekod hanyalah gambar tapi audio nya elek..Frust tak de dah...tukar kamera lain pun sama gak...(Tah sapalah yg pegi set audio off ni-Sharain..ko cari sapa punya keje ni..)

Mcm nak rak aku cari setting audio dia masih tak jumpa..last2 malas dah aku nak me'rekod'.
Frust lagi- bila waktu subuh penceramah jadi Imam (Sujud sajaddah), ada makmum yg datang dari luar tegur nak mintak CD rakaman semlam...Alahai..tak de rezeki...

++++++++++++++++++
Rekod- YM kat Pengarah PTSS pasal Admin (tak leh nak tunjuk kat sini)Sensitif...dak..boss suruh masukkan code percakapan ini.

mdnor_yusof (7/25/2008 5:50:03 PM):
Sila tulis surat rasmi kepada saya dengan butiran lengkap. Adakalanya perlu dibuat secara rasmi dan direkodkan. Agak susah untuk membuktikan "hearsay". Jika perkara ini penting dan perlukan tindakan segera, sebaik2nya buat secara rasmi dan tulis kpd pengarah PTSS. Walaupun pegawai PTSS. Saya tak mau ada dikalangan staf PTSS bermasam muka antara satu dengan yang lain keatas perkara yang mudah diselesaikan. I have no problem jika you all uruskan on a personal basis - iaitu terus kpd pegawai berkenaan, jika ianya membuahkan hasil. Jika tidak buat secara rasmi.


mdnor_yusof (7/25/2008 5:51:12 PM):
you can quote my meseg kpd pegawai2 lain yang mempunyai masalah yang sama

Tak leh nak Rekod - Panggilan telefon Bini aku ke Admin(PEK) pasal kesalahan tarikh lantikkan Pn Farizah(bulan 1/8/ 1999) sedangkan sepatutnya (1/8/98)
-benda ni aku masukkan kat sini sebagai bukti. Aleh..aleh ada nanti yang kata bini aku tak beritahu pun.

Iolah kalau diorg ni ade ISO senang la btahu isu borang ke apa ke..pasal pembetulan tarikh lantikkan tu. Aku cek ESIS betul pulak tarikhnya. Sharain pun ada perasan pasal apa lantikan bini aku macammana boleh sama dgn dia. Ini kes salah taip le ni...

Tapi sebut pasal borang ni. Cuti tanpa gaji ari tu isi borang dah, buat surat dah, maklum mulut dah...TAK DE PE-PE TINDAKAN pun.....Last2 report bos.




+++++++++++++++++++++
Sebut pasal hafazan ni. Kaedah ni menggalakkan kita menghafaz surah-surah penting dan biasa (seperti Yaasin, Mulk, Sajadah, Rahman dsbnya). Setiap hari kita hafaz 3 baris je (menggunakan Quran resam Othmani) ada 15 baris setiap muka. Pagi sebelum subuh baca 10 kali , Zohor sembahyang sunat dan rakaat 1 dan 2 baca lagi, Asar sama, Maghrib(tak kira sembahyang solo ke /jemaah)Kalau Imam...eee...kot sangkut le.. dan Isyaq. InsyaAllah...
selamat mencuba...

++++++++++++
masih trip elektrik lagi kat admin..So sapa2 penghuni kuarters PTSS yg ada streamyx kat rumah. Kalau malam tah leh internet..faham 2 je lah masalahnya. Siang2 ade le org nak ON kan....Malam?Hmm...aku kena gi on la, kalau dak sales CC tak de lagi la...

p/s Amal ibadat, dosa pahala pun ade malaikat yg REKOD so buat keje baik2 no...

Friday, July 11, 2008

Kenyataan Jabatan dan Peribadi

apa nak buat hari Isnin.

KJ aku dah dapat surat perpindahan ke POLIMAS. So dah +an 3 org staf Perdagangan berpindah tak de ganti.

a. KJ Pn Faridah
b. Imran
c. Husna
d. Rusilah
e. Syukri

Dengar nak ambik untuk pengurusan PTSS, naik 1/2 nama gak. KKursus sekarang Aku, Kak Niza dan My Wife dok main dadu sama nak mangku KJ sementara/tak sementara KJ tiada ni. (sebab semua tak mahu le ni) . Kalau senioriti, of course la Kak Niza yg kena mangku, 2nd Bini aku, 3rd Aku. Tapi risikonya kalau pengisian lambat diisi, aku/bini aku macammana nak nilai prestasi nanti. So, Kak Niza lah orgnya. Mungkin jawatan Kak Niza sbg KKursus DSK, diisi oleh the 4th senior. Ura-uranya begitulah....Alhamdulillah...

Untuk KJ Pn Faridah, tahniah dan syabas saya ucapkan kerana dapat berpindah. Puan sememangnya telah menjalankan tugas dengan baik dan saya berasa selesa berkhidmat dengan Puan. Semoga Allah memberkati tunjuk ajar Puan kepada kami.Dan doakanlah untuk kami semua.....Amin...

+++++++++++++
Well this sem mcm last sem aku kena ajar paper baru. Kalau last sem Kursus Usahawan (baru nak gear 2 dah kena drop. Ehh..buka ajar tak baguih no...Tapi Bank tu sebab aku ade Diploma In Banking, Kemahiran Generik tu sebab yg Bab Teknologi and Menguruskan Majlis (Event Manager) tu banyak pengalaman..Tak caye...??Tanya KJ) Ini sedikit sebanyak memberikan kesan pada keje gak. This sem kena Perbankan dan Kemahiran Generik. Paper Perbankan last aku ajar waktu kat Sabah. Kemahiran Generik...haram tak pernah..

Aku tak kisah ajar benda2 baru ni, cuma bila baru ajar maka kenale paham..preparation tu kena beri la masa dan ruang. Kalau Laman web dulu , aku masuk kelas prepare sikit2 je sebab semua dah ada. Jadi tengoklah this sem,
+++++++++++++
Logo SMD - tak penting tak segera
RMS - penting segera
Sebutharga Unit Inovasi dan Usahawan-
penting segera
Cyber Cafe nak run mcm biasa - penting tak segera
Network Bilik Micro - tak penting tak segera
PM Komputer Lab- mcm juruteknik tak buat pun...- penting segera
Barang Pesanan LO Pengkomputeran nak sampai - penting segera

++++++++++++++++
Apa khabor member2 Orientasi E-Commerce kat PSIS?

Friday, July 4, 2008

Still top 5















Search Engine:pkksabah & rashdan rashid. Tapi kalau rashdan bin rashid tak de dalam top 10
+++++++++++++++++++++++
Org Gred Jusa naik elaun keraian..dalam gawat2 ni ade gak yang dapat kenaikkan ye...Patutla ade org yg terkejar2 jawatan tu..sungguh2 berusahanya....Ini kalau mari melawat, suruh je diorg keluar duit belanja kita makan.