Monday, November 11, 2013

Koperasi Online Store Politeknik

UTAUT Venkatesh 2003
Lama tak lama..dah lama dah tidak update blog ini. Disini saya nak terangkan mengenai kajian kes yang dilakukan oleh Koperasi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Berhad dalam menjayakan R&D nya bagi memahami dan menceburkan diri dalam perniagaan atas talian. (ini merupakan kajian Phd saya juga).
Alamat nya adalah

atau alamat Facebook Fan Page nya adalah 

Jika ia hanya melibatkan pengetahuan teknikal untuk membina sesuatu laman web. Ternyata ianya bukan susah. Dengan menghadiri kursus 2/3 hari dan menggunakan portal CMS ternyata ianya amat-amatlah mudah...yang lain serahkan kepada service provider hosting (seperti menyediakan payment gateway
Namun, kesukarannya adalah pada "PROSES"nya. Dari segi kelulusan lembaga pengarah, pembuatan kepurtusan, pembahagian tugas, komunikasi dsbnya.

Tapi cabaran yang paling besar adalah menjadikan laman web ini mencapai ROI nya. Sebabnya, jika perkara teknikal seperti yg saya maklumkan tadi, cukup sekadar menghadiri kursus 2/3 hari. Namun, jika ingin mencapai ROI banyak elemen yang perlu dipelajari dan tidak cukup sekadar menghadiri kursus-kursus pemasaran internet dsbnya.

  • Teorinya..kita mesti mempunyai PRODUK yang bagus.
  • Teorinya..kita mesti mempunyai HARGA yang kompetatif.
  • Teorinya..kita mesti mempunyai Teknik PEMASARAN yang bagus
  • Teorinya..terdapat hubungan yang signifikan diantara rekabentuk laman web dan niat untuk membeli...
  • Teorinya..terdapat hubungan yang signifikan diantara produk dan niat untuk membeli..


Itulah TEORI RESEARCH nya..

Bila ke APPLIED RESEARCH nya. Banyak persoalan yang masih tidak terjawab.

HOW?

Ia... HOW? Bagaimana...

  • BAGAIMANA yang dikatakan PRODUK yang bagus.. Bukan APA dikatakan PRODUK yang bagus.
  • BAGAIMANA yang dikatakan HARGA yang kompetatif... Bukan APA dikatakan HARGA yang kompetatif..
  • BAGAIMANA yang dikatakan Teknik PEMASARAN yang bagus.. Bukan APA dikatakan Teknik PEMASARAN yang bagus.
(Penulisan ini antara tujuannya untuk SOP (Search Engine Optimization)www.ptsscoop.com.my

Thursday, February 16, 2012

Behaviour on electronic word of mouth

Dalam ilmu penyelidikkan ada 2 bentuk penyelidikkan yang boleh dilakukan, iaitu kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif selalunya melibatkan penggunaan statistikal dan soal selidik manakala kaedah kualitatif selalunya melibatkan temuduga. Bagi mendapatkan data, kedua- dua kaedah ini dilaksanakan mengikut objektif dan metodologi kajian masing-masing.

EWOM adalah merupakan satu elemen dalam FB yang memberikan kemudahan kepada sipengguna bagi memberikan komen, idea, cadangan dan sebagainya bagi 'post' yang dihantar oleh diri sendiri atau orang lain. Komen-komen tersebut mungkin berkenaan isu, produk, suasana, aktiviti dan sebagainya. Menjadi isu sekarang ini ialah bagi mana EWOM ni mempengaruhi sikap masyarakat IT dalam memberikan pendapat akan sesuatu isu. Kita dapat melihat komen- komen yang dihantar samaada negatif atau positif dan dapat melihat keberanian masyarakat menghantar komen negatif berbanding dengan member komen tersebut secara traditional ( di tempat awam ,peti cadangan dan sebagainya). Ini bertepatan dengan hasil kajian Moderic (2009) yg menyatakan luahan sikap di media IT lebih mempengaruhi dari luahan sikap melalui pengucan awam. Kemunculan medium seperti FB telah merubah landskap komunikasi antara manusia. Kajian mendapat sejumlah 5 hingga 6 jam masyarakat dunia menghabiskan masa dengan rangkaian sosial ini dan negara Asia adalah negara tertinggi menggunakanya.(.........)

Kajian ini ingin melapurkan bagaimana kaedah kualitatif ini digunapakai dalam melihat reaksi masyarakat terhadap sesuatu isu vendalisma yang ditonjolkan. Dua post dihantar ke FB menyatakan bahawa telah berlakunya vendalisma di sebuah cyber cafe ( gambarCCA) 13 Februari dan di kawasan jalan raya (gambarCCB) 18 Januari disebuah IPT. Manakala satu post dihantar menunjukkan keadaan peti talifon dalam keadaan yang baik ( gambar TEL 1) 18 januari. Kajian ini ingin melihat reaksi masyarakat pelajar terbabit dalam memberikan komen kenapa vendalisma berlaku terhadap post terbabit (EWOM). Iaitu sejauhmana keberanian mereka dalam memberikan komen, adakah komen tersebut berunsur positif atau negatif. Bagaimana mereka menilai isu sebenar, bagaimana sikap mereka terhadap isu terbabit.

CCA 11 like 51 komen pada 16 februari 2012


CCB 4 like pada 16 februari 2012
Tiada sebarang komen diterima dari tarikh post dihantar.

TEL 1 40 like 21 komen pada 16 februari
Repond pertama yang diterima ialah pada 18 januari yang menyatakan kerinduan dan sebagai tempat mencuci mata. Pengkaji telah meminta di muat naik gambar terkini keadaan telefon terbabit dan pada 26 Januari, ..... telah memuat naik gambar terkini. Pada 22 januari ada komen yang menyentuh vandalisma telah berlaku disini. Post yang sebelum itu hanya banyak menyatakan kerinduan dan nostalgia tempat terbabit bagi pelajar. Tiada sebarang komen selepas itu.

Saturday, February 4, 2012

How to configure your D Link Router

For those yang masih pakai modem TM ADSL mcm aku ni.. Ini kali kedua aku kena configure router rumah disebakan router yang lama dah kiok.. 5 tahun perkhidmatan.. memang berbaloi..


Dulu pakai D-link 524, sekarang aku beli yang baru D-link DIR 600 (loyal dgn D-Link aku ni).


1. Welll.. kena pi Tm Point gak jika tak sebab pasword streamyx aku dah lupa.. Username aku ingat lagi..


2. Log in masuk router no ip standard dia 192.168.0.1

3. Gi ke setup


4. Lepas tu isi la....pastikan pilih PP0E Connected > Dynamic PPoE


5. Selamat berjaya..



























Monday, January 23, 2012

Nasib baik aku bukan org ternama






Nasib baek le teman ni bukan org tername... kalau teman buat galeri.. ade ke gamoknye orang yg sanggup keluor duit deme tengok barang-barang yg teman pamer...ce mengkome cite... Make teman pamerkan kat sini.. tak usoh sekupang pun mengkome bayor..(kecuali bil internet mengkome leee..)










Hobi teman dulu mengumpul setem. Mana ada dah bebudak sekarng ngan hobi ni... Hobi budak skrg main game dalam Ipad. So ari tu teman menyelongkor lemari, mengaborkan kat anak-nak teman tentang hobi mengumpul setem. Ade paedahnye wehhh...






Haaa.. koorg tengok la koleksi setem teman sebahagian aje teman siorkan..agak2 gamoknya berape ribu kalau teman juei ni... Ate rupenye banyak beno..rete bende teman yang org tue teman simpan..tak di terebannye keluor..menyemok rumoh ajenye ye... Teman kumpui semenjak derjah 4 nye.. kami adik beradik ngumpulkannye.. Ate abang teman kate die tak de setem yang die beli.. semuanye die dapat dan tukor... Mandang teman percaye..Ate sekarang ni paling teman rase bernileinye..setem Sultan Kedah waktu jadi agong dulu... yg gambor setem kuning tu... ehhh.. berege rasenye kalau di juei... Itulah hobi teman mengaborkan kat anak-anak teman.. Kalo setakat Farm Village kat FB tu..takde mende regenyee...Lepas ngabih teman bercerite..deme pun balik sambung main Angry Bird...Hmmm...




















Wednesday, September 14, 2011

Masa berjalan begitu pantas

Boleh muat lagi sorang..Kalau dah besor nanti adakah kena beli MPV,SUV atau Lori..Begitulah pantasnya masa..

Dulu diorg ni kecik.. ikut je apa yg ayah suruh..La ni dah besar..Pandai mintak apa yg ayahnya tak suruh..Begitulah pantasnya masa..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Dah pertengahan syawal dah..Rasanya baru sekejap je menyambut 1 Syawal.. ataupun baru sekejap je meninggalkan Ramadhan.. Rutin harian aku pun dah berubah..Kalau dulu pepagi sibuk nak g keje..La ni pepagi sibuk tu dah tak de..Tapi aku masih tetap berpakaian keje utk ambik mood nak kena buat keje-keje membaca.



Anak-anak kecil pun dah membesar.. duit raya makin membesar himpunannya..


(ini gambor memenuhi jemputan berbuka pelajar)
Begitulah pantasnya masa


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++=

Ini gambor Pembentangan Colloquium PTSS aku ngan rakan-rakan..Tukang tangkap gambar tak de la gambarnya. Dah 2 kali dlm 2011 'mamat perut buncit' ni bentang kajian penyelidikan..Hari tu di Zon Utara PSP...Next time mungkin kebangsaan..lepas tu luar negara..huu..hu... Tapi ada kah patut kalau dikatakan ini Sumbangan Contribute wajaran 5% je dalam SKT... Mcm mana la nak jadi Uni Politeknik kalau mcm ni.. Patutnya ia dikira sebagai Penghasilan Kerja (Wajaran 50%) dalam SKT. Itu la koorg.. awal2 ni cepat-cepat la buat Penyelidikkan (yg mudah-mudah dulu) sebelum sifu-sifu Dr. balik mengaji sat g....huu..hu...

Hmm.. kekadang menunggu yg 48 nye research. takkan ceramah tu presentation.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

So.. isilah masa dgn bekalan utk dibawa ke hari akhirat.. Kalau org dulu-dulu ibadah nya banyak..Berwirid sampai dhuha..Kita, mana nak dan.. Nak pi keje,nak urus sekolah anak-anak. Jadi kita boleh jadikan keje itu Ibadah. Buat baik-baik, Ikhlas, Jujur, Amanah, Jaga kepentingan anak buah (yg dibenarkan laa..). Utk maklumat lanjut koorg leh baca Travelog Haji Karangan Muhd Kamil Ibrahim

Begitulah pantasnya masa..

Sunday, September 11, 2011

Nostalgia UUM

Dengan rasminya pada 8/09/2011 aku berdaftar sebagai 'Student" di UUM. yg satu ketika dahulu 3 tahun setengah aku manjadi pelajarnya (1993-1996) 10911 no matrik waktu tu..Bak kata kakak aku.. "Studies make you fill younger"Ialah kalau tenong muka aku kat kad matrik nampak macho je.. Tak sama ngan gambor kat matrik waktu degree dulu..muka kena toche ngan senior.


Ini laluan g library dari Mall..Dah ada bumbung.. Waktu dulu mane nak ada..Kalau berjalan kaki dari EON 5D (sekarang DPP Eon(semua pompuan), aku selalu lalu kot sini bila bas penuh muatan..Cuma Mall sekarang ni makin besar. Masjid masih mcm dulu..tiada pembesaran...color masih putih..Nama je dah ubah.
G mendaftar d COB kat dulu University Inn. Sekolah Pengurusan dah tukar nama..Tak de dah pintu merah, pintu biru (akaun dan IT) dan pintu hijau (bahasa). Bila masuk sekolah perakaunan..lalu la bilik2 tutorial dan nampaklah tong2 pegioun hole hantar assignment tutorial masih ada..



Then g Pusat Konvensyen..(buat kad pelajar). Still dgn namanya dan still boleh "menyesat"kan bila ke sana..tak jumpa tangga, tak jumpa aras dan tak jumpa bilik..(dulu-dulu kalau exam kat sini kene reki hari sebelumnya.)
Cadang nak jumpa SV.. tunda hari Khamis tapi for this time beeing dah mula buat SM(Syntesis Matrik) bagi impress sikit la kat SV.

Nak cari GAP, Nak cari Problem, Nak cari Kayu..Nak cari Kayu..Nak nangis pun ada woo..tapi kita lelaki maa.. mana leh nangis-nangis..


Apa pun Ilmu itu hak kepunyaan Allah.. mintak la kat Dia..InsyaAllah Allah akan perkenankan.


p/s Tu my student yg ada kat UUM...aloo..bila2 jumpa saya tegurla..sebab saya pun mungkin tak kenal koorg.. Tegur2 then leh la belanja saya..Saya student maa... belanja kawan-kawan tu pahala..










Friday, July 8, 2011

BERSIH...

Hari ni org sebok memperkatakan tentang BERSIH.

Bagi mereka2 yg hard core..Sanggup turun padang/stadium bagi menyatakan hasrat, beli t shirt kuning, meredah sekatan jalanraya....Huu..hu....susah dan mencabar tu..
Bagi yg cintakan keamanan LL4G sbg contoh..mereka sanggup ke Palestin menghulurkan bantuan...Huu..hu..susah dan mencabar tu..

Bagi sesetengah org... (mcm aku), menyokong dari belakang mana yang Hak..

Dari kelompok demografik mana mereka ini datang dari kalangan kolar biru atau kolar putih? Lelaki/Perempuan, Muda/Tua. Kalau disebut Jenayah;

Kolar Biru;
Jenayah Kolar Biru adalah lebih terang-terangan dan menarik lebih perhatian polis (contoh, jenayah seperti vandalisma, mencuri dipusat membeli belah), manakala

Kolar Putih;
Jenayah kolar putih boleh bermain-main dengan perundangan dan ianya kurang jelas pada pandangan umum bila melakukan jenayah. Jadi Jenayah Kolar Biru lebih kerap mengunakan tenaga fizikal manakala Jenayah Kolar Putih adalah lebih teknikal dalam perlaksanaannya, contoh, dalam memanipulasi kuasa, perakaunan atau rekod inventory”


Penjenayah ke Mereka-Mereka ni...?


Pemimpin yang bersih memiliki keperibadian yang baik tak kira masa, ketika dan tempat. Ada org masa di bawah dialah "hantu mengulaq".."keje yg sepatut buat tak dibuat" Namun bila di atas, dia lak beria-ia buat peraturan itu dan ini...utk org bawah ikut..Tapi .. yang si dia tu.. "I am the Boss now". Padahal dia tak tahu ka ada BOSS.. Nun di Atas Sana..Itulah pabila mata kita di hijab oleh Allah s.w.t- kita tak nampak kebenaran walaupun di depan mata. Bila "TERPERANGKAP" kata diri "Dizalimi". Orang yang naif tetap akan menyokong..sebab takut dikenakan Kuasa Pemimpin (seperti terbukti)...Atau pun memprotes dalam diam je lah..

INGATLAH..sejarah lalu menceritakan keperibadian sebenar kita..Orang juga akan melihat sejarah lalu, untuk menilai diri kita. Jadi, jagalah sejarah hidup kita... yang buruk akan terserlah jua. Sebab itu kita pinta Allah menutup aib kita dan kita jangan membuka aib orang.

Jadilah Pemimpin yang menjadi contoh kepada orang-orang dibawah kalian.

Paling kurang aku sebagai "Pemimpin Keluarga"