Monday, March 15, 2010

Aktiviti Pemantauan dan Gossip dan Skandal

Walaupun di Jabatan ada Isu yg ehem..ehemm..tapi aku masih kena menjalankan tanggunjawab yang telah diberi. Ialah jawatan memangku KP ni..bukannya jawatan free...elaun ada dapat kerja kena la buat (sungguhpun khabar2 angin ..elaun memangku tahun ni tak dapat dah..). Hari tu kaki aku berhajat la melihat kelas yang berjalan. Actually kelas tu bersebelahan dengan kelas aku. Tengok kerusi meja yang left?
Kalau ikut kat jadual ada pensyarah mengajar kat kelas ni. Bersangka baik (bona fide) aku rasa lecturer terbabit buat kelas kat Bilik Persembahan. Yes ..correct...Next lecturer aku rasa buat kat bilik micro...(Aku tak kuasa nak siasat)
Kekadang bukan kita berniat nak cari salah sesiapa. Pensyarah terbabit teknikallynya tak buat salah pun. Tetapi kekadang big boss bising...KP gak yg kena jawab.


Dari jadual di atas ko teka la kelas kat mana dan hari apa. Tapi isu sebenarnya kekadang kerusi meja seperti di bawah yg tak selesai-selesai..

Ini baru betul-betul observe. Ada 3 spesis borang nak tenyeh. Pemantauan Kurikulum, Pemantauan Penilaian, Pemantauan Akademik...semuanya lain-lain borang. Tu belum kalau ISO suruh mantau dan KJ kekadang suruh mantau. Dok sejam melangu kat belakang..kekadang terkenang diri sendiri..Samada diri boleh buat lebih baik atau rasa je /perasan je boleh buat lebih baik.

Ni tanggungjawab aku yang lain. Kira sumbangan je ni walaupun keje mcm nak mampuih menghidupkan koperasi ni. Sok-sok dah berjaya mesti ramai yang berebut nak jadi ALPK...percayalaaahhhhhh.....
Ni tanggungjawab aku yang lain. Kira sumbangan untuk akhirat pulak..harap-harap diterima oleh Nya.

Ni tanggungjawab aku yang lain. Kira sumbangan untuk anak-anak. Hari tu aku ambik la masa menghadiri Mesyuarat Agung PIBG sekolah anak aku. Bermula jam 3 perasmian. Jam 5 baru nak mula meeting. Akibat ucapan lama sesangat. Alamat aku tak la tunggu. Walaupun ada cabutan nombor bertuah..aku tak sanggup nak tunggu..walaupun aku rasa nombor aku ni nombor bertuah ni.

Friday, February 19, 2010

Menjalankan aktiviti cara aku

Baru-baru ni ada sorang staf jabatan tanya pasal aktiviti Jabatan. Macammana nak dapat dana kalau nak buat aktiviti pelajar. Bagi aku cara mudah kalau kita ajar kemahiran generik. Suruh je student buat. Mula mula:
(a) Meeting dgn student. Malam pun boleh..

(b) Lepas bagi tugas - siapkan tempat dsbnya. Student ni tenaga kuat nak angkat mengangkat...(c) Event berjalan - Seminar Pemantapan Aqidah Peringkat Negeri Perlis anjuran Jabatan Belia, ABIM dan PTSS. Muka terpancar kat layar putih dibelakang.
MC student, multimedia student buat..Banyak pengalama diorg dapat..baguig utk kemahiran generik.

p/s: satu je nak ingatkan staf..kalau kita keje jadi urusetia tempat ke, teks ucapan ke, multimedia ke,... maka tu kira sumbangan je. Kalau bentang kertas keje..tu kira masuk folio kriteria kecemerlangan. Lain ertinya ooo...Ada poli last-last minit buat pembentangan kertas keje..utk naik pangkat- kualiti pembentangan?...tak tau la....

Monday, February 15, 2010

gambar-gambar

Wa dengan Haji..baca yasin malam Jumaat kat Blok Kamsis. Wa dengar banyak lak makhluk2 mengganggu bebudak kat poli. Wa tak de la ambik port sangat...dengar gitu-gitu je..


+++++++++++++++++++++++++++++++++======
kat kampung wa..banyak jenis laksa. Wa rasa ada 4 kot?.

Waktu wa balik kampung memecut ini kete kembar dengan wa..cuma dia ni pasang body kit...Wa teringin gak nak pasang body kit. bagi merangsangkan ekonomi peniaga-peniaga body kit. Ada cadangan?
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Buku ni penting untuk wa...bukan sebab color diraja tapi buku ni buku tindakan Ketua Program. Setiap kali student jumpa wa, yang ada kes...wa catat kat sini and wa suruh diorg sain. La ni student akai panjang..cakap belit-belit..Kalau boleh..wa rakam sekali dengan Pen SPY wa..


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Cite hangat kat poli wa masuk paper

Wa dah hantar FOLIO DOKUMEN KECERMELANGAN.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Ini notis wa masukkan kat CC Koperasi. Lahabau punya budak yg tak reti-reti nak imbas pendrive.

Wa sedang mengintip kat CCTV
Ini terminal tersedia untuk diorg imbas pendrive


Bukan sekor virus yang ada..Sampai 81 ekor maa...makkk..jahanamla PC oii...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Lihat bagaimana wa menghabiskan gaji wa untuk bulan Februari. Actually wa merangsangkan ekonomi peniaga-peniaga di Kangar.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Komen Laporan Latihan Industri 5 orang student bawah seliaan. Bagi skim DH..ini tak la bawak apa-apa ertinya sangat. Setakat Sumbangan Tugas Rasmi je..

Mintak kaji betul-betul maa..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
First time den nampak nama wa masuk dalam Kuliah Maghrib. Nama je.. nama wa...Masjid kat Ampang

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Ni wa punya mak saudara. Mak Wan namanya. Dulu kecik-kecik waktu wa kuat nangih..dia la yang jaga wa. Wa suka makan gulai kari dia masak. Selalu pepagi wa dihantar mak wa gi rumah dia. Waktu gambar ni diambik, wa gi kawin anak sorang lagi care taker wa...Mak An. (apasal wa lupa nak shoot gambar dia sekali). Wa sanggup balik kampung tinggal anak bini wa untuk hadir kenduri ni...So..kita mesti ingat siapa yang pernah menjaga kita maa...Diorg ni dah tua..jalan pun dah bongkok..Wa rasa bakti diorg kat wa masih belum berbalas.So, wa pun kena ingat..wa pun dah nak tua..dan akan tua..

on the way ke kenduri kawin. Wa dok belakang....titonn..

cerita belum bersambung.....

Nak sambung cerita wa ke dak...ada org suruh sambung..ada yang kata tak yah la cite memburuk-burukkan org dalam blog peribadi.Ehh...aku bukannya meburuk-burukkan atau menghentam sesiapa.....tetapi itulah realitinya..dan itulah peringatannya..Contohilah Weii macam NUTP tu,kalau tak boh dalam newspaper..sampai ke sudahla skim DH mcm tu je kan?(boh dalam paper pun mungkin tak de ape-ape impact pun gak..tapi terbeliak la gak mata kite semua)...dan kalau aku masih buat dek je..mungkin sampai ke sudah tak sedar-sedar...Saluran mesyuarat susah sangat nak tengok bukti..saluran media alternatif ni..come sekali dengan bukti.
So, nak upload dak sambungannya?tunggu jelah bila den nak upload..
Apa-apa pun den upload gambar je kali ni...
sekalipun kertas ini di ronyok-ronyok tapi den masih ditentukan Allah bertemukannya. Bukti Aktiviti Pagi Sabtu..

Ramai ni je pun org dah gentar...
Keahlian untuk semua..24jam 7 hari seminggu (close up kat kotak tu...). Bukan kelab ekslusif untuk mereka yang melepasi temuduga atau hadir kursus kepimpinan atau bayar yuran keahlian atau melepasi syarat-syarat tertentu baru boleh joint Members.


cukup dulu setakat tu..
Jadilah Hakim yang adil...dalam penghakiman...

Saturday, January 23, 2010

Cerpen bertajuk “Nasib mempengerusikan Jawatankuasa”

Suatu waktu dahulu aku mempengerusikan Mesyuarat JK Pusat Islam PTSS bil 1/2010. Mesyuarat yang diadakan bermula jam 3.30 petang hingga tepat jam 5 ptg..Tak masuk masa makan lepas mesyuarat.

Ialah..bila bermesyuarat dan berpeluang bercakap maka inilah masanya untuk menyatakan, merangka dan me..me..apa-apa jelah.

Kekadang Pengerusi memainkan peranan utk menjadikan mesyuarat itu harmoni, kekadang pengerusi memainkan peranan menjadikan mesyuarat itu efficient dari segi keputusan, masa dan sebagainya

Dan (bukan nama singkat aku) aku tak lepaslah dari kritikan oleh salah seorang JKuasa yang ada. Waktu tu, nak jawab kritikan…masa dah suntuk, banyak agenda lain yg perlu disegerakan. Maka aku tulis la blog ni kiranya nak jawab la kot kritikan yang ada....Amacam..boleh? Blog aku yang punya ..aku punya sukalah kan.?ha..ha..ha…

Bagi mereka yang tak mengerti apa yang terjadi sebelum ni..tak payah la nak ambik port sangat..Buat la keje-keje 5 s’ koorg tu.. Dengar ni “ARAHAN KETUA PENGAWAS ZON 5 s’”-aku la tu..

Cerita ni mungkin jugak boleh jadi satu iktibar,pengalaman gumbira,sedih,titik hitam,titik putih kepada semua atau kepada pengerusi-pengerusi yang ada utk diambil iktibar..di zaman IT ni atau lebih tepat di akhir zaman…


(gambar dipertik dari blog En Azrin JTM)

sebahagian dari minit mesyuarat kot...haa.ha...Ladang tebu Chuping

Point yang nak aku cakapkan masa tu banyak tetapi masa tak mengizinkan dan takut melalut-lalut sehingga melepasi waktu pejabat. So waktu tu aku berdiam. Tapi bila benda yang hampir sama berbangkit dalam mesyuarat pada 21 Jan 2010 di Pusat Islam aku rasa sesuatu harus diperkatan sebelum kudis menjadi nanah.bara menjadi api..Terbakar kampung nampak nya asap..terbakar hati sapa yang tahu..(memetik kata Karam Singh Walia)

Suasana mulanya tenang sahaja petang itu..tapi sapa sangka ada jugak kepanasan dan kepedihannya.(Sepanas mee yg En Nadzri tempah dari Ustaz Zul).

Isu berbangkit apabila En Radhi menyatakan/memberi komen mengenai caran pengurusan Pengerusi (aku la tu). Beliau menyatakan;

a. Dirinya seorang yang konvensional agak tidak biasa dengan penggunaan internet (blog Pusat Islam la tu) dalam cara yang diambil dalam menyampaikan info Pusat Islam

b. Tidak mengetahui Pengerusi menjalankan aktiviti SPI pada pagi Sabtu dan Perlantikkan Jawatankuasa SPI hanya dimaklumkan saat akhir.

c. Mesyuarat terakhir yang diadakan hanya pada 22 Mei 2009.

Aku nak jawab yang 3 ni je dulu..yang lain aku tak ingat pun mungkin s/u (Pn Hazanal) atau naib s/u (En Azrin) ada membuat nota/menyalin…Ade ke? he..he..

Sebelum tu nak cerita la jugak bahawa kaedah komunikasi info yang aku gunakan selalunya dalam bentuk mass SMS dan tulis dalam blog. (sila baca blog). Jimat kertas dan rasanya lebih efficient. Cuma aku rasa ada 2/3 AJK aku yang mungkin tak dapat info SMS terbabit (Ust Burhanuddin, Us Hanafi, En Ahmad Shokri) – sebab nombor diorg ni dah bertukar dan aku menyedari kemalasan aku nak update no tel diorg dalam group message Nokia aku.-( ni tengah menaip sambil membaca message2 yg pernah aku send ke ajk alhamdulillah masih disimpan ni..). Tetapi kepala-kepala AJK aku pastikan dapat SMS itu seperti Sheikh Yaman, (bukan nama sebenar-sebab di org kanan aku) En Azrin (sebab dia org kiri aku), En Nadzri(tak yah cite la..sebab dia ni Menteri Kewangan aku..). Ustaz Din (sebab dia Biro Kerohanian kamsis/merangkap owner asal blog Pusat Islam-Password Blog Pusat Islam ibnuhashim_74@yahoo.com aku tahu), Ustaz Yasir.(sebab dia kawal Kamsis-org yg boleh meramaikan kehadiran)

Ehh..eh..melalut lak lagi. Tengok, kalau aku bercakap dah lama habiskan masa koorg mendengar kan?

Nasib ni aku menulis.

Ok aku jawab yang (a) dulu

a. Dirinya seorang yang konvensional agak tidak biasa dengan penggunaan internet (blog Pusat Islam la tu) dalam cara yang diambil dalam menyampaikan info Pusat Islam

Rata-rata jawatankuasa aku ni kira dalam lingkungan 30an (Haji Zamri je yg paling veteran), Semuanya pensyarah PTSS, Ada yang buat Phd (on going), ada yang sambung master (pure Eng ni kawan..bukannya edu mcm aku nih..).Hebatkan? Jadi pandangan aku amatlah pelik (tapi mungkin benar) jika seseorang tu menyatakan dirinya konvensional dan tidak biasa dengan dunia internet ni?..welll man..he is doing his master degree man…Kalau tak surf internet..macammana ye..”pelik kan”..(memetik kata En Azrin) dan malulah diri kalau pensyarah merangkap student UNIMAP jenis tak biasa ber internet...MMmmm....

Waktu tu angin aku naik gak..Mau je aku balas..Baik berenti je buat Master…Awat marah..ke?Aku punya blog , aku punya cerita , aku punya suka la. Ohh..tak pa..dia tak baca pun blog ni..konvensional la..katakan..

Dan selaunya after update blog..aku akan Mass SMS kat AJK “update di blog”. Bukti ada ni..atau tanya je Cik Adlina, En Azrin, Pn Hazanal, Ustazah Suhaila..sekadar menyebut beberapa nama..Selalunya diorg balas balik ok, tq, insyaAllah

Isunya mungkin tengok gak internet..bukak gak e-mail tapi tak bukak blog Pusat Islam je tak tahu address…(yg tu pakcik takleh nak nolong la..) tapi “don’t la said that you are convensional”. Search “Pusat Islam PTSS” dalam google..tengok nombor berapa dia?) Nombor 1 Sheikh

Ok aku jawab yang (b) pulak

b. Tidak mengetahui Pengerusi menjalankan aktiviti SPI pada pagi Sabtu dan Perlantikkan Jawatankuasa SPI hanya dimaklumkan saat akhir.

Mula-mula rujuk Mesyuarat bil 1/2009 dimaklumkan dalam blog. Opss..dia tak baca blog kan?so buat pa la aku tulis panjang-panjang kat sini. ? Mungkin gak boleh lepaskan perasaan aku. ..setuju dak Ustaz Razak dan En Shahrom (cha om) bahawa blog ni boleh melepaskan perasaan.? Ha...tu..diorg mengangguk tu.Diam tanda setuju? Post Ustaz Razak dalam blognya.

“Setiap pagi Sabtu..saya akan pegang SPI ni.” Itulah yang aku cakapkan.(bukti..! tak de la..sapa lak pegawai multimedia yang rakam suara aku waktu tu..malaikat ada la rakam tapi show nanti la kat alam akhirat la..tungguuu…)

Setiap minggu aku akan update aktiviti “PAGI SABTU” di blog (emm..tak bace kan…).atau ini

Tapi..ha..ha..kat papan kenyataan di hadapan Pusat Islam, dekat senarai nama Kuliah Maghrib dan Subuh ada terpampang pagi sabtu “Tahajjud dan Aktiviti SPI” (emm..tak bace kan…) tak nampak jugak kan..terselindung pulak alasan nya..

Tak puas hati lagi..? ok ini aku bawak lak bukti bergambar En Anas salah seorang Penasihat SPI dan Pn Hazanal Suzima (Isteri En Radhi sendiri) yang hadir dalam aktiviti SPI pagi Sabtu 25 Julai dan 8 Ogos

Siapakah yang duduk paling kiri tersebut?Maklum kat En Radhi tak ni?

En Anas_Penasihat SPI pun ada datang aktiviti SPI.

Isu perlantikkan tu mudah je....setelah hampir sebulan aktiviti SPI pagi sabtu dibuat. Setiap Sabtu pagi saya akan tanya yang hadir, apa aktiviti sepanjang minggu ni yang dah buat, usrah berjalan ke?..Harap usrah je ada yang berjalan..itu pun bukan semua.

Saya pun dah mula kenal rapat dengan mereka. Mereka pun dah mesra antara mereka. Jadi Pengerusi ada kuasa wat nak buat jawatankuasa.

cerita (c) bersambung....tungguuu...panasss..

keje elok-elok jangan hanya pandai menyindir orang...

Thursday, January 14, 2010

Upload Gambar


Pendaftaran Pelajar BAru sesi Jan 2010- ramainya.....

Pak Mertua masuk hospital....




Hakim masuk darjah 1-my 2nd son





INOVASI 2009 -
memperkenalkan POS dalam urusniaga koperasi dan menjalankan Perkhidmatan CC melalui sistem Dynasoft.(bukan contract out-makan komisyen la..)

Jawatan lupus 2010
a. Penyelaras Pembangunan Jabatan
b. Penyelaras Inovasi dan Keusahawanan
c. Pengerusi Pusat Islam