Friday, February 13, 2009

malaun mane punya keje ni..

Kan ke dulu aku ade postkan cerita pasal projek Kemahiran generik budak SPP dan kelab JPG yang buat. Pagi tadi terdetik kat hati nak tengok pokok2 kat situ dan air terjunnya. Naa...ade gak mamat mane yg rembat soket 3 pin kat situ..Siol betulla..Mat Pit mane lak buat keje ni?




















+++++++++
Ari tu aku paksa bebudak SMD 2 mengangkat 5pc dan 3 monitor ke depan bilik aku. Tu nasib baik suruh sorang angkat sorang satu. kalau suruh sorang2 angkat sampai 5 baru diorg tahu. Jgn nak jadi baloq liat sok2 bila jadi juruteknik. Aku try ON dah hangkang dah..yg dapat diselamatkan hanya 2 biji itupun aku swap hard disk, swap CD, Swap Display card..Mcm-mcm la aku buat.For staf aku, sorry la aku makan ruang fotostat koorg..kalau tak buat gini tak merasalah bilik persembahan ade sampai 2 pc extra, bilik mesyuarat ade 1 pc extra. Tapi satu bende nak btahu..OS dia pakai UBUNTU bukan Windows Bill Pintu punya...















+++++++++++++++
Jadi Pelukis Plan untuk Pusat Islam PTSS-Ruang Dapur. Lama dah tak buat lay out. Dulu-dulu waktu sekolah Teknik ade le belajor Lukisan Teknik Bangunan..Dah berkarat da...












+++++
Ngintip kehadiran kuliah Us Iruwan Kuliah Tafsir di Pusat Islam. MMM...tak ramai turun daa..Makin GAWATTTT......



















++++++++++++++++
Pagi meeting pasal Isu Kios jualan yg Kafe complent. Usul agar Kelab Staf dibenarkan mengutip hasil sewa kios diluluskan. Kalau student bawah Unit Inovasi, kalau lain-lain bawah koperasi.
Petang meeting Penyelia lawatan Latihan Industri.Nak kena cover 23 syarikat di Penang..FUYoo.....

Tuesday, February 10, 2009

Fulusss..

Ari ni pagi tak de kelas..kelas mula kul 2ptg. So pagi masuk opis melopong dok fikir nak buat apa..Boleh gamaknya nak pikir nak buat apa...Sorry naik lori la...
Dok marking markah Latihan Industri budak SMD,
Calling Bhg Kurikulum JPPKK pasal ex student nak mintak transfer modul dpt masuk UNIKL,
Calling Hafiz tanya pasal e-attendence.
SMS Zul pasal duit OS42 masuk Koperasi dulud sebelum kat Pensyarah..Ni tak faham ni? Apasal nak buat gitu pulak..bagi bebai lagi la Bendahari KOOP.(wife aku la)

Aku cadangkan Boss aku kena keluarkan Pekeliling Arahan mcm Pekeliling JPA..,supaya bertulis. Senang org nak faham arahan kot..

Lepas tu kul 11 gi kangar. ..Jadi SEKORIKOR..Security Guard wife aku daa..Ambik printer CC yg jahanemmm..Taukey baguih punya bagi ganti Printer Brother yg baru sebab tak boleh dibaiki. Ari tu dia jugak yg dok promosi nak suruh pasang tank refill...Then create banyak problem lak...last-last dia bagi printer baru dgn Kos Rm300 je.

Dan jugak aku sent message kat bebudak SMD pasal keje kosong kat kedai dia.

Sementara tu kete aku aku park kat kedai Accesories, mintak repair alarm aku. Lock kereta kalau turun tak leeh naik,kalau naik tak leh turun..Haaa..jgn fikir yg bukan-bukan...
Terbang RM80.

Waktu tu aku lalu depan Kedai mamak..selalu lunch kat situ..Mamak tu pun dok sengeh kat aku..maklumla regular customer dia lalu..Tapi aku tak singgah makan..banyak benda yg nak buat.

Balik Kangar..sembahyang dan masuk kelas . 2 jam habis demo kat student pasal networking. Dan juga aku suruh budak2 SMD mengangkut PC dari makmal ke depan bilik aku.
ade 4 biji semuanya.

Senang aku nak buat maintenence. Kalau duduk kat Makmal ade je org pakai. ..tapi bukannya nak pakai LCD ..cuma nak rasa aircond kat kelas....sebab tu lah..PC bilik persembahan pun aku tak repair-repair lagi. Sok aku nak buat waktu perhimpunan JPG kul 8pg.

Habis kelas ade sejam lagi..dan le susun sikit opis aku yg berselerak. Ambik anak aku kat nursery lepas tu bawak dia jalan-jalan naik moto singgah sembahyang Asar kat masjid. Dah jadi rutin pulak anak aku yg si kecik ni.

Malam Ustaz Sharihan beri ceramah maghrib.
Jumpa Us Husba sat mintak pandangan pasal Pesta KONVO dilaksanakan oleh JPP.Ok dak?
Jumpa En Jailani pasal kutipan Jumaat tabung utk saudara baru.

Selepas memastikan PA system berjalan dgn baik aku perderas ke CC Lelaki dan Perempuan. Hari ni berkat apa tah ..aku boleh pastikan 11 PC CC perempuan semuanya maintain OK dah..Printer pun OK.
CC Lelaki dapat aku repair 1 pc , cuma printer yg hitam je boleh ,Color punya jahanam rasanya.
Waktu dok godek-godek tu.... dok terasa seronok nya sesetengah org lepak kat rumah membute. Tugas sampingan ni....bukan tugas rasmi pun. Ade sesapa nak ambik tugas aku ni>?Aku rasa kalau mashuk poket sendiri ramai la nak buat.

Kul 11 gitu balik rumah semua family aku dah terbelungkang tido..Panas lak mlm ni..Mandi, tengok TV sambil taip blog.

Explore web2 pasal Perak...he..he...Ape kerojenye yob oi..

Saturday, February 7, 2009

Tazkirah Subuh..

Ari ni bangun dalam kul 5pagi. Aku godek-godek PC yg aku baru repair. Waa..masih ade lagi fail2 dalam driver partition..Legenye..Tengok? baguh kedai yg aku antar ni..(Kang Iklan free kang..).Awat la EMR sampai nak setahun tak boleh repair-repair.
Lepas tu tengok note-note tazkirah subuh, ngelabah jugak ni..tambah ngelabah bila aku nak mai masjid selisih dengan kete boss (Harrier dia la..). Dia pun mai subuh...Alhamdulillah..Ade point-point nak kena check last minutes ni.

Habis Subuh dan Tazkirah gi beli nasik lemak. Ari ni 2 dua hero aku tuisyen. So 8.30 kena hantar tuisyen. Lepas tu balik ke Pusat Islam untuk gotong royong. Alhamdulillah 3/4 AJK turun padang..nampak komitmen yang baik sekali. Tengah-tengah gotong royong..shoot ambik anak habis tuisyen then gi CIMB Kangar deposit duit koperasi ..Balik ke Pusat Islam makan tengahari (Chef Adliana yang masak sedap..).

Nasib baik kendara diorg bersih sungguh-sungguh. Terima Kasih semua.

Baca dan analisis ISU POLITIK DI Perak. Aku masih dengan penderian yang sama
"BUBARKAN DUN " atau "Undian di 3 kawasan ADUN Melompat..suruh diorg jadi calon lagi sekali" then boleh aku mintak perbesar Jamban jadi jamban batu..ha..ha..

Thursday, February 5, 2009

Sibuk ke......???????????

Lama gak tak nulis...sibuk ke?
Sibuk...
a. Buat UTP Cable sampai 5. Satu utk bilik mesyuarat, satu utk Izzati, 1 utk bilik persembahan 2 simpan spare.
b. Buat extention wire sampai 3. Satu utk bilik mesyuarat, satu utk LCD yg aku selalu angkut ke kelas. Satu lagi spare.(Yg ni jgn sesapa rembat keluar..)
c. Ambik alatulis dari stor ke Pusat Islam
d. Siapkan RMT dah siap...he..he...Bangga ni ya amat...
e. Ambik whiteboard ke Pusat Islam
f. Install Ubuntu angkat PC-utk Pusat Islam, Bilik Persembahan, Bilik Mesyuarat Jabatan. Ade belen 4 biji belum buat.
g. Save Palestin Scooter Ride-Aktiviti Pelajar disekitar Perlis. Infaq ADR buat student bawak. Harap-harap tak kena saman ekor. Beri ucapan aluan kat Kafe.
h. Report network Bilik Kak Saptuyah
i. Cyber Cafe- repair PC dan trip di sebelah malam.

Tak lupa masuk kelas ikut Jadual Waktu.

Ini pun Boss nak bagi keje lagi..so dengan berhikmahnya aku tolak. Kenapa dan Mengapa..sebab sekali sekale kena la beri kat org-org muda yg ada. Aku past kat:
Mr Panner- sebab ko dah bertahun ajar Data Com. Tak kan tak pakar-pakar lagi...dan tugas2 sampingan ko tak la membebankan. Apa nama tugas sampingan ko..aaa..Pegawai Lawatan Luar?
Mr Zaidi - sebab ko punya tugas sampingan Peg Perhubungan Awam JPG...sesuai dengan keje yg KJ beri. Apa dia keje tu..Ko tanya la sendiri..boss..
++++++++++
Comming Event
Hari Sabtu ni gotong royong Pusat Islam dan Kuliah Subuh.

Thursday, January 29, 2009

Senarai Tugas Hari ni sahaja...

Penyelaras ICT Jabatan:
a. 8.30 - 11 pagi- Menginstalasi UBUNTU pada 5 pc. Tapi dua je yg jadi. Nak memastikan PC Sumbangan SMD dapat digunapakai.

Pensyarah PTSS:
a. 11pagi -Masuk kelas Perbankan. Siap pakai LCD dan On Line lagi..
b. Isi borang On Line CPCM dan PEt- OK.
c. Isi borang PTK..mcm hampeh..Bila Hantar tak berjaya. "Sila hubungi pentadbir sistem" . E-mail kat webmaster buat kali ke dua.


Naib Pengerusi Koperasi/Penyelia CC:
a. Bila pekerja talipon tak de internet, Langkah yg perlu diambil:-
1. Angkat ganggang telepon rumah..Kalau senyap, maka bilik PABX kat Opis tu suisnya trip. Langkahnya ..start Moto gi pak guard, mintak kunci bilik pabx..pergi On kan suis. kalau terus trip..tunggu esok pagi buat report kat Maintenence
2. Angkat ganggang telepon rumah....Kalau ade nada, maka kena tanya pekerja CC. Network icon tanda pangkah merah ke atau tanda seruan. Kalau tanda seruan...start Moto kena gi Pusat Islam. On kat switch utama di Pusat Islam (ini pun kekadang trip). Tapi kalau tanda merah ...start moto pergi CC tengok switch kat block kamsis..On ke OFF..

Penyelaras Aktiviti Jabatan
a. Amin mintak duit tabung
b. Booking Barang Multimedia dan Kenderaan Poli

Ada yang lain tugas sampingan nak beri lagi..bak mai sini... ?????????

Monday, January 26, 2009

Cara mudah

Kekadang aku tak faham kenapa kalau nak buat keputusan maka kena meeting dulu. Meeting pulak meeting rasmi..sedangkan baru je kita bermesyuarat. Kalau terlepas agenda , alamat tunggula meeting akan datang.Alamat hidup ni tak habis-habis dengan meeting.
Nak lantik AJK pun meeting.
Nak keluar duit pun meeting.
Nak buat aktiviti pun meeeting.
Nak beri derma kebajikan pun meeting...(tu yg nak dapat sumbangan kebajikan badan Islam pun payah...)
Bila meeting maka kena keluarkan surat panggilan, lepas tu kena beri minit mesyuarat sorang satu. Lepas tu Minit cempak kemana, surat cempak kemana.

Aku ade terbaca pemplate mengenai Menjaga Alam Sekitar agar menjimatkan penggunaan kertas. Ini nak apply la ni.
1. Panggil mesyuarat kat e-mail (free)
2. Panggil mesyuarat kat blog (free)
3. Panggil mesyuarat SMS (10 sen 1 sms)
4. Minit Mesyuarat Publish di blog (Free)
+ Jimat kertas kan?Tapi org kata disebabkan ISO mesti ade rekod..mesti fotostat 2/3. kekadang sampai 6 (cth terbaik kalau keluar surat amaran ketidakhadiran)Takpe..politeknik ni kaye dengan kertas dan toner.
1 je masuk fail mesyuarat..ok

Org kata meeting ni langkah selamat kalau buat keputusan...sebab keputusan mesyuarat bukan keputusan Pengerusi...Mungkin ade betul..nya.
Tapi takkan mendang je nak tunggu meeting?
Aku rasa adekalanya Pengerusi mesti buat keputusan tanpa mesyuarat / buat keputusan dulu kemudian diminitkan dalam mesyuarat akan datang. Itulah Pengerusi- orang yg diberi ketanggungjawaban dan tugas berisiko. Bincang dengan 3/4 org ahli mesyuarat dah kena buat keputusan.

p/s kekadang aku heranla kenapa DH ni suka beri handout kepada pelajar yg pelajar sendiri boleh fotostat pakai kertas sendiri..fotostat di Koop? Kenapa takbuat plan awal-awal suruh je pelajar fotostat..Dalam kelas kita tulis je. Tu tak ke menunjukkan kita menyuap pelajar ke?
Mungkin nak tunjuk betapa bagus nya kita?Ada nota diberi..

Sunday, January 25, 2009

Work Done

Chair Meeting Pusat Islam hari Jumaat yg lalu..jatuh bersama dgn meeting yang lain. So kehadiran gitu-gitu jelah..Tapi keje tetap jalan. Aku dah bentangkan kabinet Pusat Islam bagi 2009 dan skop tugas.
Hantar perabut ke Pusat Islam- 3 meja pejabat dan 7 kerusi.
Projek Pembangunan Pusat Islam-En Jailani..Moga-moga2 lulus dan berjalan...
Luluskan budget yg tak seberapa utk aktiviti...Duit..duit..dimana kau duit..(Tugas Sampingan)
++++++++++=
Aktiviti Pelajar -Kutipan Palestine bermotor....Amin Dpm yg buat ..aku tenyeh paper work je..
Install Ubuntu kat 5 PC SMD sumbangkan bawah projek..Baru buat 1 je.(Tugas Sampingan)
++++++++===
Siapkan bahan untuk Lapuran Tahunan PTSS 2008 utk jpg.(tak de kene mengene dgn tugas sampingan apasal kena buat?)
++++++++++===
Masuk Kelas ngajor mcm biase..suruh student daftar e-learning aku..(Tugas Hakiki)