Tuesday, November 18, 2008

Belum buat keputusan

Di YM aku hari ni aku TAG : "Bengang..sakit kepala...Tention.." Since ramai gak anak murid SMD dan rakan-rakan yg bertanya.
.WHY.
..Kenapa EN Rashdan...
...Hang tak dapat semalam ke..
.....Keje banyak sangat relax la sekejap...
dsbnya..
TQ very much

Tapi nasib baik ade sorang mamat ni tak kene sembur dengan aku..Serbu masuk bilik aku terus cakap..

" Jawatan ketua kursus hang tak de dah le...jadi pensyarah biasa le hang..." belum sempat aku nak balas dia dah tarik balik kenyataan dia..Kalau dak...
Macam kebulor sangat ke nak jadi KKursus ni..macam la dapat elaun , kena bayar balik elaun adele...

ex KJ pun ade talipon, Org kurikulum pun ade telepon. Diorg suruh run kursus DEC (E-Commerce). La ni...aku tunggu pengarah je. Malas nak proposed apa-apa dah..Lantakla..$#$$%@#^&%^- belum habis bengang

+++
Menyelesaikan beberapa perkara regarding of Malam Pra Graduan dengan pelajar. Jadi pemerhati dan pembuat keputusan dasar je. Banyak yg student yg kena decide sendiri. Bagi resposibilities bnyak kat diorg. Perkara-perkara yg dasar dan yg penting je aku campur tangan. Koorg tengoklah malam sabtu nanti. Jadi ke , tak jadi ke, elok ke tak elok ke..itulah Student Activities-Ikut Jiwa Diorg.
Kekadang diorg ni banyak terpengaruh dengan cite TV, Aktiviti JHP, JRV, nak buat mcm JRV nak buat mcm JHP.
Aloo..diorg dah memang ade subjek seni persembahan, ade subjek memasak dan catering, ada subjek video broadcasting, ade subjek Event management. Budget mana dapat? Collect duit gak...waktu daftar dulu....ko org baru collect RM10 pun dah mengeletar..

Angkut sekali anak-anak aku ke Kangar. Wife aku kursus sampai Selasa...
+++
Next sem, Dasar baru kalau masih jadi Penyelaras Aktiviti Jabatan
a. Student sendiri buat kertas kerja
b. Kalau Tak buat, jangan harap aku nak suruh buat atau aku buat.
c. Iklankan jawatan kat student utk sertai aktiviti- so tak de alasan tak dapat sijil.

Monday, November 17, 2008

Penutupan kursus Sijil Pemprosesan Data dan Sijil Teknologi Maklumat di Politeknik

A. Hari ni aku menerima keputusan penutupan pengambilan kursus SMD , jika dalam sebulan dulu kursus SIT. Cuma kuatkuasanya berbeza iaitu melalui semester Jan 09, SIT mulai Julai 2009. Actually kursus SMD ni memang ada sentimental sikit dengan aku. Sebab aku dan KJ yg lama meng "set up"kan kursus ni dari tak de apa benda ke pada situasi yg ada sekarang. So aku kodkan pekeliling ni BUAT KENANG KENANGAN:

SKIM PERKHIDMATAN JURUTEKNIK KOMPUTER

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 15 TAHUN 2006

i) Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

(Gaji Permulaan ialah pada Gred FT17:T1 P6) atau
- Harap harap En Tajul Ariffin (SPPoli), En Mohd Nazari (SPPoli), En Hikmatullah Hajid ade terbaca pekeliling ini..Sektor Pengurusan Politeknik Dato Imran Ketua Pengarah, Haji Ghaus Pengarah Bahagian Kurikulum
(Saje TAG nama diorg , kot2 boleh keluar dalam Google Search Engine)


ii) Sijil dalam bidang kejuruteraan elektrik (komputer)......

Aku tak heran kalau nak jumudkan program ni kalau SKIM yg disebutkan di atas akan di jumudkan juga. Ini skim yang dah sedia ada oleh JPA , mengapa kita tak mengambil peluang yang ada?

B) Maka tak heran lah nanti seperti mana yang berlaku di Low Yatt la ni bilamana Juruteknik pun ambik warga pekerja asing.(Actually banyak gak iklan Juruteknik Komputer kat Low Yatt)
Setahu aku sektor pembinaan, perladangan dan pembantu rumah je ambik warga asing?Terkejut beruk aku ari tu...

Mungkin aku boleh mengambil Iktibar dari peristiwa ni...sambungan yang lalu

Untuk Staf SMD yang ada..aku nak ucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan koorg. Aku belum lagi nak buat keputusan status koorg walaupun keputusan bayang-bayang tu dah ada. Nak buat kursus baru la ni aku pun tak de mood. Tak kira le org kata "You jangan moody sangat" Setan hasut pulak...Ala...buat pe susah2 pikir..gaji DH cam tu gak...Hmmm...Nantilah aku ambik ketenangan sikit. Mungkin kalau ade hujah yg aku boleh terima maka keputusan aku akan berubah. Kalau ade perkara yg "favour" kat aku..Siap le...

Lepas ni nak post kat group SMD pulak
p/s Lepas ni latih je Juruteknik buat macam ni
a. kumpul komputer,
b. panggil syarikat,
c. bukak sebutharga,
d. hantar kedai,
e. bayar guna LO.
Tak yah assign ramai juruteknik...PAR / PT pun boleh buat

Thursday, November 13, 2008

Decision Making-

Ari ni aku nak cakap pasal Pembuatan Keputusan. Actually Its on of the topic dalam Kemahiran Generik.

Semalam call Alif (Student yg uruskan dinner Pra Graduan). Dimaklumkan dari 150 yg dijangka hadir hanya 75 org sahaja yg nak hadir. Puncanya ? kata:
1. "Tak mahu bayar RM10."- duit yg aku angap sebagai cengkeram kehadiran.Takut2 mcm last2 sem..beri makan free..ramai yg tak datang ..makan membazir.Duit Rakyat ni tau? Duit pembayar culai.
2. "Nak duit saham dalam bentuk tunai."-aku cadangkan dulu gunakan duit ni utk Pra Graduan cenderahati/hiasan./ buat jadikan cenderahati VCD utk Mlm tu

Nasihat:
Sebagai Ketua tak kira ke Ketua Pengarah ke Pengarah ke KJ ke KKursus...Pengarah Program ke..kita diberi jawatan yg lain dari org lain "DH52 ke JUSA ke" ialah antaranya untuk kita "MEMBUAT KEPUTUSAN"
Dalam membuat keputusan kita bukan semestinya akan mendapat populariti,persetujuan 100% dari semua...tetapi apa-apa pun Keputusan mesti dikeluarkan agar orang bawah kita yang hendak melakukan kerja dapat memulakan langkah.

So Aku dah buat beberapa keputusan:
a. Majlis makan malam tetap di Dewan Besar..(Ini ramai tak setuju)
b. Bayaran budget RM6K digunakan untuk makan, hadiah,cenderahati dan hiasan
- so aku bahagikan kepada
Hadiah RM1000
Hiasan RM1000
Makan RM5000 (RM25*200org)
Actually kalau tengok short RM1000- cari duit jabatan kot?
c. Hapuskan bayaran RM10 dan Bayaran saham

"Kalau dulu cenderahati budget RM10 yg diorg bayar, Hiasan RM10 dari saham koperasi atau vice versa"
So kemungkinan cenderahati semua dapat tak de lah...dan hadiah utk permainan pada mlm tu/pelajar cemerlang di kurangkan atau tak de.

Sebab dalam meeting nak macam-macam..
a. Nak hiasan cantik - mcm Jamuan Raya
b. Nak makan sedap
c. Nak cenderahati utk semua
d. Kerusi nak bubuh skirting utk 200 kerusi dan 10 meja - tau ke kena dobi dia sampai RM300

Alllooo..semua tu mcm Pak Abu kata "You nak cantik kenala belanja lebih.."
So itulah KEPUTUSAN..
dan sebagai ketua..kita
a. kena buat keputusan
b. buatlah diikuti dgn doa dan sembahyang sunat istikharah.
c. jgn harapkan semua setuju / ramai setuju sebab ramai setuju tak semestinya betul. Sebab Rasulullah s.a.w yg bawak benda yg benar pun..sikit yg ikut..ramai yg bangkang. Adakah Rasulullah tak betul? Dak kan?


Sebenarnya RM6K bukannya besar sangat kalau nak aktiviti yg grand. Ke..koorg tak nak buat grand. Kalau tak nak kita buat mcm kenduri kawin je..Kalau saya nak buat KEPUTUSAN ..buat mcm kenduri kawin amacam?Bukan kenduri kawin artis..tau

Itu belum lagi nak dengar pot..pet..org yg tak hadir mesyuarat/tak jadi ajk / kaki komen itu dan ini. Sebab banyak meeting yg aku hadir KETUA tak buat keputusan sungguhpun berbincangnya dah sejam.
Takut buat keputusan...tapi itulah Ketua namanya..
org yg
a. tak banyak buat kerja tapi banyak buat keputusan
b. bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan anak buah dan bukannya menjadikan anak buah sebagai kambing hitam utk dipersalahkan. Itu baru boleh kata..jadi ketua TANGGUNGJAWAB NYA BESAR.

Tuesday, November 11, 2008

AnCasa Hotel KL

Entah macammana aku boleh ter"jebak" dengan Mesyuarat Penyemakkan Semula Kurikulum Diploma Retailing. Walhal kursus yg kena buat hanyalah kursus P2113 dgn nama barunya System Technology for Business. (Modul elektif diorg). Diberi tugas baru bagi memurnikan kursus Database Application pulak. OK je lah buat SLT (Self Learning Time)nya.

+++++++
News yg tak beberapa suka ialah bila lihat Kertas Kerja Penutupan kursus SMD yg dibentangkan oleh Unit Pengambilan pelajar.

Nak buat Paper Work mem"bangkang"? Sapa nak bentangkan?So here some tips.
a. Kalau pasal permohonan SMD?
- ikut kertas kerja memang ramai yg memohon, tapi yang layaknya sikit. Adakah salah kursus SMD atau salah kat SPM dia org, atau salah kat syarat kelayakan kita?
Statistik Jul 2008 mohon 246 layak 182 Norm 240.
So...kena kaji kelayakkan kemasukkan ke Poli bukannya tutup pengambilan.
Selama ni pun ada kursus lain yg susah gak nak cukup norma.
Polisas sampai pernah kena buat 2 kelas. Mungkin boleh norma kepada satu kelas. Aku pun ernah nak 1 kelas jadi 2 kelas 3 semester sudah..geng Budak yang balik LI nanti.(tak tahu kot boss aku adjust macammana kot)

b. Setahu aku takda Unit terbabit tanya pandangan KJ/KKursus SMD.
c. kalau pasal gunatenaga..setakat ni banyak kekosongan Juruteknik Komp FT17 sekolah yang belum diisi.(maklumat dari budak2 smd yg baru posting FT17 kat sekolah). Cuma persoalannya Kurikulum Program ni kena la revise, alatan kena la update bagi menjadikan mereka kompetatif di pasaran. Kedai2 PC berlambak2 di luar sana. ??nya how good our student, tu yg kena revise kurikulum, banyakkan beri trouble shooting Komputer/KKomuniti pun revise dah..dapat MQA lagi..SITnya
d. Sambung belajar dlm IT di Perdagangan? Habis apa gunanya kita buat Diploma E-Commerce? Itulah way diorg..
e. Satu lagi, aku pernah buat paper work bagi menukar nama SMD yg keliru (aku rasa JPA tak keliru-sebab Pekeliling Dia org ade menjelaskan pasal FT17 Prosesan Data). Yg kelirunya kita..Mungkin dgn nama baru boleh burst kat permohonan? Ade sebut ka dlm meeting terbabit.

So skop penulis Kertas Kerja ni melihat Asas Pertimbangan dari sudut Unit pengambilan bukan dari sudut Bhg Kurikulum. So org Kurikulum yg hadir?Tahu ke tak tahu a sampai e tu?


Sambung meeting.......................


++++++++++++++++++++
Aware of
Looks Stupid, be stupid

Friday, November 7, 2008

Laporan Seminggu

Khamis 6 Nov

2.30 ptg

Bertempat di Makmal CAD 1 PTSS diadakan Taklimat Penggunaan E-Sis. Diberitakan oleh TPSA bahawa PTSS menduduki antara rangking yg rendah dari segi maklumat data dalam E-SIS (tak update la tu kot). Taklimat telah diberi oleh En Syahrain (yg muka dah berkelat dalam minggu ni cakap benda yg sama selama 3 hari brturut2)-Ialah taklimat dibuat berperingkat2. Walaupun peserta menghadapi cabaran kelembapan internet tahap cipan namun kesabaran menunggu amat-amat di hargai.

8.30 mlm

Telah diadakan majlis bacaan yasin dan sembahyang hajat bagi menghadapi Peperiksaan Akhir Semester. Jika minggu sudah dibuat bagi JPG, minggu ini bagi JKM dan JKE. Kehadiran pelajar memberangsangkan sebab habis kuih muih yg dibekalkan, namun kehadiran pensyarah / pengurusan tinggi PTSS amat mengecewakan pelajar (kata seorang pelajar yg mengelolakan acara).

9.00 mlm

Berlangsung mesyuarat Malam Pra Graduan JPG bil 2. Mesyuarat yg dihadari AJK yg dilantik dan wakil-wakil kelas berlangsung dalam membincangkan perancangan mlm terbabit. Ianya dipengerusikan oleh aku sendiri dengan peruntukkan RM6K rasanya tak da masalah kewangan cuma kalau nak ada masalah AJK je..kot2 tak perform.

Jumaat

8-11 pagi

Masuk kelas Banking dan Generik. Awal2 pagi terima call mesyuarat di Angcasa Hotel KL. So nextweek jalan lagi…Cari kot2 ade yg boleh tumpang ke KL dari Jabatan lain nampaknya tak de…so nak naik KBE ke ADR?

TPSA memaklumkan usaha2 sedang dilakukan dlm menyelesaikan masalah Elaun Tanggung Keje DH44 yg memasuki ulangtahun pertamanya September yg lalu. Beliau juga memaklumkan penghentian pengambilan pelajar SMD ..sampai sekarang aku tak tahu apa sebabnya org atas buat keputusan tu. Yg dengar kata graduan IT dah banyak lahir…Tah la samada technichen computer banyak kosong ke dak kat agensi sekarang ni.

++Perkembangan seingat Aku+++

Pengetua jadi Pengarah = DG3 jadi DG2

Tukar Unit jadi Jabatan = DH44 boleh jadi DH48

Tukar Bahagian jadi Sektor = Jusa C boleh jadi Jusa A

Tukar Dip jadi Adv Dip = DH52 jadi Jusa C


DH41 nak jadi DH44

Lulus Induksi boleh naik pangkat

Lulus PTK+ Induksi baru boleh naik pangkat

Lepas tu lulus PTK + Induksi + CPCM baru boleh naik pangkat

Lepas tu Lulus PTK + Induksi + CPCM+ PAK baru boleh naik pangkat

Lepas ni mungkin Lulus PTK DH (yg baru) + CPCM + PAK +CPCPOT+CPCP + English Enhancement ....then .. baru ………Sabor je lah….

1.06ptg

Solah Jumaat---Bertugasnya Bilal bin Rabah. Melaporkan kehadiran lewat jemaah-jemaah yg tinggal jauh berbatu-batu dari masjid sehingga terpaksa masuk masbuk. Tajuk khutbah: Pembalasan di Padang Mahsyar oleh Ust Hasminuddin

3.30 ptg

Mesyuarat Jabatan

Dilaporkan perkara-perkara yg berlaku dan akan berlaku. Memaklumkan kpd pensyarah berkenaan majlis Malam Pra Graduan.

Ade tapau Bihun..sedap…

Sok Sabtu Malam

Ade dinner DPM 6 kat Jitra Golf Resort. Bayor sorang RM30/= so..nak makan banyak2..

Wartawan:
Rush done

Melaporkan dari PIslam PTSS

Monday, November 3, 2008

New weekkkkssss......


Sabtu - Handling Alatan PA and Video utk Kursus Kesedaran Keusahawanan anjuran Unit Inovasi dan Keusahawanan. Jadi MC bidan terjun.
DK 1 nampaknya mcm tak pernah bersapu..penuh taik cicak..Nak btahu sapa ni?

Disamping tu ambik masa ajar Editing Video guna Edius kat Staf JKM utk Perhimpunan Jabatan ari Rabu ni. Kalau jadi Rabu ni ade la tayangan dia.

Isnin -
Meeting Post Mortem Konvo batal..Dah aku menapak naik tangga tingkat 4 baru btahu CANCEL. Kelas pun aku dah tunda.Bengong betol rasanya....nak marah pun ada...siol...

Report pasal Lampu PIslam yg dah terbakau. Kalau dewan besar kalau ade event..lampu sebutir terbakau pun dan-dan tu ganti. Ni dah sampai 4 biji terbakau..ni...

CC Lelaki kembali beroperasi. beri short course kat pekerja baru. Mlm tadi kurang sambutan macam biasalah...

LILI @Poli Nilai call pasal 12/12 nak buat meeting pasal e-commerce. Musim exam ni rasanya...Booking aku siap-siap diorg ni. Rasa bebenor diri ni penting chewah....kembang nye idung....

Malam meeting dgn student pasal Malam Pra Graduan pulak. Aku rasa ni event penutup aku nak handle sem ni. Sem depan cari org lain pulak la...Khamis ni meeting kali ke dua. Cadang nak buat on 21/11 kat dewan besar. Peruntukan OS42 yg telah diluluskan TPSA

Terpaksa buka balik soalan di web e-learning aku..Ade lagi student belum menjawab?Terjumpa web Poli Kota Melaka yg buat e-learning sama mcm aku. Baguih le..boleh apply ke dak kat sana?Kena tanya pegawai Multimedia diorg..