Friday, November 7, 2008

Laporan Seminggu

Khamis 6 Nov

2.30 ptg

Bertempat di Makmal CAD 1 PTSS diadakan Taklimat Penggunaan E-Sis. Diberitakan oleh TPSA bahawa PTSS menduduki antara rangking yg rendah dari segi maklumat data dalam E-SIS (tak update la tu kot). Taklimat telah diberi oleh En Syahrain (yg muka dah berkelat dalam minggu ni cakap benda yg sama selama 3 hari brturut2)-Ialah taklimat dibuat berperingkat2. Walaupun peserta menghadapi cabaran kelembapan internet tahap cipan namun kesabaran menunggu amat-amat di hargai.

8.30 mlm

Telah diadakan majlis bacaan yasin dan sembahyang hajat bagi menghadapi Peperiksaan Akhir Semester. Jika minggu sudah dibuat bagi JPG, minggu ini bagi JKM dan JKE. Kehadiran pelajar memberangsangkan sebab habis kuih muih yg dibekalkan, namun kehadiran pensyarah / pengurusan tinggi PTSS amat mengecewakan pelajar (kata seorang pelajar yg mengelolakan acara).

9.00 mlm

Berlangsung mesyuarat Malam Pra Graduan JPG bil 2. Mesyuarat yg dihadari AJK yg dilantik dan wakil-wakil kelas berlangsung dalam membincangkan perancangan mlm terbabit. Ianya dipengerusikan oleh aku sendiri dengan peruntukkan RM6K rasanya tak da masalah kewangan cuma kalau nak ada masalah AJK je..kot2 tak perform.

Jumaat

8-11 pagi

Masuk kelas Banking dan Generik. Awal2 pagi terima call mesyuarat di Angcasa Hotel KL. So nextweek jalan lagi…Cari kot2 ade yg boleh tumpang ke KL dari Jabatan lain nampaknya tak de…so nak naik KBE ke ADR?

TPSA memaklumkan usaha2 sedang dilakukan dlm menyelesaikan masalah Elaun Tanggung Keje DH44 yg memasuki ulangtahun pertamanya September yg lalu. Beliau juga memaklumkan penghentian pengambilan pelajar SMD ..sampai sekarang aku tak tahu apa sebabnya org atas buat keputusan tu. Yg dengar kata graduan IT dah banyak lahir…Tah la samada technichen computer banyak kosong ke dak kat agensi sekarang ni.

++Perkembangan seingat Aku+++

Pengetua jadi Pengarah = DG3 jadi DG2

Tukar Unit jadi Jabatan = DH44 boleh jadi DH48

Tukar Bahagian jadi Sektor = Jusa C boleh jadi Jusa A

Tukar Dip jadi Adv Dip = DH52 jadi Jusa C


DH41 nak jadi DH44

Lulus Induksi boleh naik pangkat

Lulus PTK+ Induksi baru boleh naik pangkat

Lepas tu lulus PTK + Induksi + CPCM baru boleh naik pangkat

Lepas tu Lulus PTK + Induksi + CPCM+ PAK baru boleh naik pangkat

Lepas ni mungkin Lulus PTK DH (yg baru) + CPCM + PAK +CPCPOT+CPCP + English Enhancement ....then .. baru ………Sabor je lah….

1.06ptg

Solah Jumaat---Bertugasnya Bilal bin Rabah. Melaporkan kehadiran lewat jemaah-jemaah yg tinggal jauh berbatu-batu dari masjid sehingga terpaksa masuk masbuk. Tajuk khutbah: Pembalasan di Padang Mahsyar oleh Ust Hasminuddin

3.30 ptg

Mesyuarat Jabatan

Dilaporkan perkara-perkara yg berlaku dan akan berlaku. Memaklumkan kpd pensyarah berkenaan majlis Malam Pra Graduan.

Ade tapau Bihun..sedap…

Sok Sabtu Malam

Ade dinner DPM 6 kat Jitra Golf Resort. Bayor sorang RM30/= so..nak makan banyak2..

Wartawan:
Rush done

Melaporkan dari PIslam PTSS

Monday, November 3, 2008

New weekkkkssss......


Sabtu - Handling Alatan PA and Video utk Kursus Kesedaran Keusahawanan anjuran Unit Inovasi dan Keusahawanan. Jadi MC bidan terjun.
DK 1 nampaknya mcm tak pernah bersapu..penuh taik cicak..Nak btahu sapa ni?

Disamping tu ambik masa ajar Editing Video guna Edius kat Staf JKM utk Perhimpunan Jabatan ari Rabu ni. Kalau jadi Rabu ni ade la tayangan dia.

Isnin -
Meeting Post Mortem Konvo batal..Dah aku menapak naik tangga tingkat 4 baru btahu CANCEL. Kelas pun aku dah tunda.Bengong betol rasanya....nak marah pun ada...siol...

Report pasal Lampu PIslam yg dah terbakau. Kalau dewan besar kalau ade event..lampu sebutir terbakau pun dan-dan tu ganti. Ni dah sampai 4 biji terbakau..ni...

CC Lelaki kembali beroperasi. beri short course kat pekerja baru. Mlm tadi kurang sambutan macam biasalah...

LILI @Poli Nilai call pasal 12/12 nak buat meeting pasal e-commerce. Musim exam ni rasanya...Booking aku siap-siap diorg ni. Rasa bebenor diri ni penting chewah....kembang nye idung....

Malam meeting dgn student pasal Malam Pra Graduan pulak. Aku rasa ni event penutup aku nak handle sem ni. Sem depan cari org lain pulak la...Khamis ni meeting kali ke dua. Cadang nak buat on 21/11 kat dewan besar. Peruntukan OS42 yg telah diluluskan TPSA

Terpaksa buka balik soalan di web e-learning aku..Ade lagi student belum menjawab?Terjumpa web Poli Kota Melaka yg buat e-learning sama mcm aku. Baguih le..boleh apply ke dak kat sana?Kena tanya pegawai Multimedia diorg..

Thursday, October 30, 2008

PTK VS AJK

Ari ni result PTK keluar..cek on line dapat III , III. Emmmm...mcm dulu jugak..dah tiga kali ambik. Maybe kali ke 4, kot baru dapat empat. So tahun dpn gaji naik biase je lah...Keje je asyik jadi luar biase....
Dengar desas desus tahun depan PTK utk DH (yg perabut tak de ni) akan buat 11 soalan esei jawab 4...begitu ke citenya. Sapa boleh beri komen?
+++++++++++++
Tak habis2 -habis dengan jadi AJK sesaje...
Pesta Konvo jadi AJK Aktiviti; baru bontot nak ambik port adalak Jamuan Hari Raya jadi lak AJK Teknikal dan Video baru nak bukak FRP ada Kursus Keusahawanan jadi lak AJK Alatan (Projector dan Video),baru nak tengok result PTK ada Kursus Perkahwinan JPA, jadi pulak AJK Alatan dan Siaraya. Haa..kau...nak suruh aku jadi AJK apa lak lepas ni...GET OUT and GET LOooSE........!!!!! #$&*#@!!%$#
++++++++++++++++
InsyaAllah...minggu depan sebagai ALP Koperasi yg memegang port folio CC, CC Lelaki kembali beroperasi . Semenjak ditutup dari 7/8/2008 disebabkan tiada pekerja , Baru minggu sudah student DHK call nak keje (setelah puas aku menunggu) sementara di CC. Student JTM pun ada call tapi dia LI sem depan..So aku tak ambik dia. Jadi ptg tadi aku sibuk la mencuci balik dan update apa2 yg patut kat CC. (burung mati pun ada da...).Nak harap org lain? Eeemmm...Harammm...cakap dlm meeting je bergegar..
Anyway tq kat semua bekas-bekas pekerja CC yang tak salah aku dah dekat 6 org.

Gamak-gamak nye lah...ade ke org nak pertimbangkan kenaikan gaji /pangkat kalau keje mcm ni?

p/s Minggu Depan ari satu kena masuk mesyuarat Post Mortem Konvo pulak....mau dekat 4-5 jam jugak meeting ni..Ade karipap?..bihun ke?..mee ke???

Tuesday, October 28, 2008

Jamuan Hari Raya PTSS











Habis event konvo, Jabatan aku kena buat event Hari Raya pulak. Makan cukup, perut kenyang ke dak? Pada pandangan aku ok la jugak bahan makannya. Bab student kena berbaris tu kira biasalah kalau pi rumah terbuka yg besar2, makan Free... Pernah pergi PWTC dak?waktu Rumah Terbuka kerajaan BeEN.Baris panjang woo...








TQ kepada JHP , JRV dan rakan2 staf Jabatan Perdagangan..moga2 tahun depan Jabatan lain la pulak buat. Bukan kita tak boleh buat tapi bagi laa..chance org jabatan lain nak dapat merit markah DH41 yg tinggiiii..melangit...kihh..kih..kih...(gelak mcm antu ni..). Habis program kul 10 tepat, beri duit raya pada awal program, tak de karouuke-karoke dan makan banyak dan cukup...Tak membazir la lebih kurang gitu..








++++++++++




Sok nya gi Dewan Warisan Seminar Penghayatan As Sunnah..








P/s Aku tulis blog ni waktu ceramah seminar..guna note book kecik...wife aku..mengantuk siol...

Saturday, October 25, 2008

Trip Way Home (Gambar)















Mesyuarat Semak Semula Kurikulum Bidang Teknologi Maklumat dan Perdagangan. On the way collect ADR di Sungai Petani













Meng :"BroadBand" di Radix Fried Chicken

My Wife new Small Note book RM1499. Aku rasmi dulu...










Thursday, October 23, 2008

TRIP WAY HOME

Bawak kete dari Lumut ke KK
Member collect kat KK hantar ke SPetani

Ambik ADR kat SPetani
Singah kat Radix FC makan tengahari.

Meng "Celcom Broadband" kat situ .Lepas tu baru perderas balik Poli.

Sempat mengziarah Abg Ayob di Manjong...yg pesat membangun bukan mcm Arau..
+++++++++
Change the name of
p2113 Tek Maklumat Perniagaan kepada P2113 Information System For Business. Masukkan penggunaan Aplikasi Point Of Sales dan beri perisian ACE POS kat staff poli PSAS. Lupa langsung nama diorg sebab aku tak dan meng "TAARUF"

sEKIAN LAPURAN DARI RADIX fRIED CHICKEN- GAMBAR AKAN DISERTAKAN KEMUDIAN

Wednesday, October 22, 2008

KONVO > MEETING > JAMUAN RAYA

alhamdulillah, dah habis dah aktiviti sempena konvo. Berjaya ke , tak ke objektifnya itulah hasil yang dapat dilakukan. Walapun ada masalah sini sana , tapi berjaya dijayakan. KOMEN?? mana2 pun ada....senang je org nak mengomen nak buat?MMM....















award nak beri kat:






DPM 1- kerana berjaya tarik crowd luar yang ramai utk Skuter dan Audio Car Show




Underworld and Kayak- kerana antara aktiviti yg dapat mengumpul hasil berpatutan
Aktiviti di khemah Urusetia- kerana memeriahkan suasana. Cuma student ni kul 11 baru ramai.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.
Lepas habis Konvo. keesokkanya ke LUMUT sebab ade meeting Semak Semula Kurikulum Retailing. Aik ..sebab bila lak aku joint geng retailing ni.Nak dijadikan cerita kete aku rosak kat SPetani..so terpaksa sambung journey dengan KBE..lompat-lompat ke Lumut. Letih gak sioll..Last2 kat tempat meeting ada 3 org staf JTM sama 2 meeting kat Lumut. Tu la.. apasal Bahagian tak fax surat sekali dgn lampiran-lampirannya. Org POLIMAS pun ade..Kalau dak boleh la tumpang.


>>>>>>>>>>>>>>>>>
Staf aku kat Jabatan sedang sibuk nak buat Persiapan Jamuan Raya pulak...Sian...Sian...Aku JKuasa Video dan Teknikal boleh beri idea jarak jauh je la...Betulke JRV nak buat semua?