Monday, November 25, 2013

Trip To Hatyai and Songkhla

Lama tak menulis di Blog ini yang telah mencapai 17078 pageviews. Kalau la boleh jual barang tentu dah Breakeven

Sementara nak ke Putra Jaya bagi memohon kebenaran membuat kerja lapangan di politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia saya nukilan kan disini. Kedai Koperasi On Line di www.ptsscoop.com.my atau blogspot www.polycoop.blogspot.com

Percutian bersama keluarga ke Songkhla dan Hatyai, Thailand.
Taknikal part ialah buat Border pass RM10. Since dah lahir di Perak anak lahir di Perlis tiada masalah la nak buat border pass. Yang lahir di Sabah pun dah lebih 3 tahun menetap di Perlis. Tambaha pulak buat di Imigresen Kangar..Tak ramai orang.

Then sebab nak bawak masuk kereta maka kenala beli Insuran Siam. Dalam RM16 siap buat dekat Bukit Kayu Hitam (Kawasan Rehat)..


Penginapan- 3 hari 2 malam dengan 2 bilik-bila anak dah besar bro..(connecting room). Kami ambik hotel 3 bintang je tetapi tengah-tengah bandar HatYai. Grand Plaza Hotel ok la bagi org yg tak cerewet mcm aku ni. Bilik agak besar dan harga berpatutan...(bagi mereka yg berpendapatan sederhana..bukan yang menabung sejak kecik he..he..)


Alatan:


Dari 4 benda di atas (gambar). Satu benda habis bateri sebelum balik..nak charge pulak satu benda tu lak tertinggal..apakah benda itu?Pikirlah sendiri.(terima kasih kpd penaja GPS En Majdi-wpun ada kala ia sewel..2008 last update). Terutama bila konvoi 2 biji kete. DM59

First Day:Songkhla Aquarium. Since sampai2 hujan maka lawatan ke zoo ditunda ke keesokan hari. bayarannya agak mahal Dewasa 400baht seorang. Tapi alang-alang dah sampai.



Second Day: Songkhla Zoo - well not bad. Bayaran tak mahal..ingat2 lupa berapa..Tapi bendahari merangkap Isteri kata macam tu.





 Makan: Memang tak la murah banding ngan makan di Perlis. Habib Restauran ngan Restoran Kelantan di Hatyai kira tak la memukau sangat. (makan aku cerewet sedikit yg kedua..cerewet yang pertama ialah dot..dot..) Tapi makan di Danok itu yang paling ok.


 Third Day: Cable Car dan Ice Doom..no komen sebab TUTUP..ha..ha..
Shopping: Tak la mana murahnya..Kena tawar gila-gila. Sebab aku mencari benda yg unik..yg ada ditempat itu dan takda bole dicari di Pasar Nat Pauh aje.


Cite TV Siam: Kat hotel ada 53 channel. TV3 Malaysia pun ada. Tapi ini yg aku tengok..Bagi generasi sebaya aku tentu ingat pelakon dan cerita ini. Che teke?


Ini yang aku cerewet no 1:Kebanyakkan mangkuk tandas diorg macam ni.Tapi bersih


Aku sajikan Harimau Putih beraksi. Tak la mandom mcm kat Zoo Taiping dan Zoo Ayer Keroh.

video

Monday, November 11, 2013

Koperasi Online Store Politeknik

UTAUT Venkatesh 2003
Lama tak lama..dah lama dah tidak update blog ini. Disini saya nak terangkan mengenai kajian kes yang dilakukan oleh Koperasi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Berhad dalam menjayakan R&D nya bagi memahami dan menceburkan diri dalam perniagaan atas talian. (ini merupakan kajian Phd saya juga).
Alamat nya adalah

atau alamat Facebook Fan Page nya adalah 

Jika ia hanya melibatkan pengetahuan teknikal untuk membina sesuatu laman web. Ternyata ianya bukan susah. Dengan menghadiri kursus 2/3 hari dan menggunakan portal CMS ternyata ianya amat-amatlah mudah...yang lain serahkan kepada service provider hosting (seperti menyediakan payment gateway
Namun, kesukarannya adalah pada "PROSES"nya. Dari segi kelulusan lembaga pengarah, pembuatan kepurtusan, pembahagian tugas, komunikasi dsbnya.

Tapi cabaran yang paling besar adalah menjadikan laman web ini mencapai ROI nya. Sebabnya, jika perkara teknikal seperti yg saya maklumkan tadi, cukup sekadar menghadiri kursus 2/3 hari. Namun, jika ingin mencapai ROI banyak elemen yang perlu dipelajari dan tidak cukup sekadar menghadiri kursus-kursus pemasaran internet dsbnya.

  • Teorinya..kita mesti mempunyai PRODUK yang bagus.
  • Teorinya..kita mesti mempunyai HARGA yang kompetatif.
  • Teorinya..kita mesti mempunyai Teknik PEMASARAN yang bagus
  • Teorinya..terdapat hubungan yang signifikan diantara rekabentuk laman web dan niat untuk membeli...
  • Teorinya..terdapat hubungan yang signifikan diantara produk dan niat untuk membeli..


Itulah TEORI RESEARCH nya..

Bila ke APPLIED RESEARCH nya. Banyak persoalan yang masih tidak terjawab.

HOW?

Ia... HOW? Bagaimana...

  • BAGAIMANA yang dikatakan PRODUK yang bagus.. Bukan APA dikatakan PRODUK yang bagus.
  • BAGAIMANA yang dikatakan HARGA yang kompetatif... Bukan APA dikatakan HARGA yang kompetatif..
  • BAGAIMANA yang dikatakan Teknik PEMASARAN yang bagus.. Bukan APA dikatakan Teknik PEMASARAN yang bagus.
(Penulisan ini antara tujuannya untuk SOP (Search Engine Optimization)www.ptsscoop.com.my